Ad

Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You

Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You
Abang Bomba I Love You , macam-macam la tajuk drama sekarang ni Pilot la, Bomba la.. lepas ni apa lagi ntah .   Drama ni gantikan Si Kolot Suamiku sebelum ini  , Abang Bomba I Love You ini  gandingkan Amira Othman  sebagai Lily dan Hisyam Hamid sebagai Rayqal . Err... agaknya pelakon baru kot..atau memang Lisa yang kurang gemar tengok drama kecuali ada pelakon yang dah kenal di mata., bersiaran mulai 12 September lepas, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. 


Senarai Pelakon Abang Bomba I Love You 

Yang Lisa kenal , Abah , Mawar . Syahwal , Atok dan Umi.. yang lain tak kenal. Hehe.. nah barisan pelakon Abang Bomba I Love You . 



PelakonWatak
Hisyam Hamid Rayqal
Amira Othman Lily
Nadya Syahera Mawar
Jaslin Puasa Haziq
Najua Pramlee Wani
Kazarudin SaisiAtok
Fikhree BakarSyahwal
Roy AzmanAbah
Rosnah JohariUmi
Kuna MuzaniIbu Rayqal
Manthi RazakDarwis
Nazirul Afzal

Dah tengok dari Episod awal sampai la dah sampai ke Episod 4 Drama ni , Ermm.. jalan cerita si kakak yang dengki dengan adik dia sebab adik dia dianggap ambik kebahagiaan si kakak. Hmm budak sekolah syok dengan abang bomba yang pernah tolong dia masa kebakaran tempoh hari . Kesian si Lily ,, ayah pun garang gilo weih , salah sikit je kena tampar . Ayah , Umi tentukan masa depan Lily , harus jadi doktor . Huh..tak leh bayangkan kalau  Lisa yang ada di tempat Lily . Tapi kan..agak kaku dan muka poyo sikit lakonan si Amira Othman (Lily ) tu .. mybe sebab mula-mula berlakon kot. Macam Lisa la..gagap gak kalau buat VLog. hhaaha. 


LAGU TEMA / OST ABANG BOMBA I LOVE YOU

Tajuk : Jaga-Jaga
Artis : Amira Othman
pautan : Video dan Lirik Jaga-Jaga 

SINOPSIS ABANG BOMBA I LOVE YOU

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?


GAMBAR PELAKON ABANG BOMBA I LOVE YOU  
credit : myinfotaip.com 



0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo