Amboi shopping sakan cik Lisa ni ha... Semenjak dua menjak ni rajin pula beli barangan Make Up . Mana tak nye , banyak diskaun meletop weii! Kali ni Lisa shopping web di HERMO . Macam biasala , Lisa beli melalui web online je , senang mudah dan cepat tinggal klik klik klik je . Dan lebih seronok lagi sebab hanya guna MOLPay Cash dan bayar di 7Eleven je . Sebab Lisa ni takde kredit card pun , biasanya shopping online guna kredit kad anak boss lepas tu ganti . Malas pergi bankin cash deposit punya pasal . Lapipun tak nak la ada kredit kad ,, takut terlajak beli ini itu nanti heehehe... nafsu membuak tiap kali tengok "SALE "
APA ITU MOLPay Cash ?
Biasanya kalau beli barangan online ni perlukan kredit atau debit card untuk bayar kan ? kali ni Lisa akan kongsikan cara mudah bayar shopping online tanpa guna credit card atau pergi bank buat bayaran tunai .Cara bayar shopping online lebih mudah dan senang dengan MOLPay Cash , print resit molpay cash dan korang pergi 7-Eleven untuk buat bayaran barangan yang korang beli tadi . Untuk lebih paham , Lisa akan terangkan lebih detail lagi dibawah ini.
Masuk laman web HERMO , dan korang akan nampak beberapa promosi contohnya seperti gambar atas tu . ada SALES sampai 50% OFF !!!
Pilih la mana-mana barangan dari semua jenama terkenal di seluruh dunia , pastinya ORIGINAL bukan tiruan . Barang ori pastu dapat diskaun ,,,seronoknyaa!! Pilih-pilih dan masukkan dalam Cart . Dah siap semua korang Check OUT .
Nampak tak , time nak check out tu ,, korang akan tahu berapa RM korang dah berjimat ketika shopping di HERMO . Barangan yang Lisa beli , jimat dekat RM 43.85 .. banyak juga kan ? boleh beli barangan lain atau boleh la makan ketam . Eh.. tersembang pasal makanan pulak . hihihi.
Step Pertama ; Masukkan detail penghantaran kalian seperti Nama > Alamat > dan Contact number . Step Kedua : kalian boleh request penghantaran guna kurier GDEX . Lagi seronok setakat ni tak pernah mengecewakan , oh ya.. untuk barangan Maybelline , L'Oreal , dan Garnier akan dihantar berasingan . Macam Lisa sebenarnya ada beli barangan Maybelline yang lain , tapi belum sampai lagi .
Step ketiga : Payment Method .
Yang ni kalian kena pilih guna Credit / Debit card . Dalam ni bukan hanya kredit card or debit card je rupanya ada banyak cara pembayaran salah satunya MOLPay Cash yang Lisa bagitau awal tadi .
Lepas korang klik Credit / Debit kad , web akan kuar gambar seperti atas ni . Korang kena pilih Payment Options
Dah nampak kan logo 7-Eleven tu , klik dekat logo tu . Lepas tu akan keluar resit seperti bawah ni .
MOLPay Cash 7-Eleven , dalam tu ada total bayaran yang perlu dibayar , verification code dan order ID untuk buat bayaran nanti . Tick bahagian bawah i here by agree with the Terms of Service And Privacy POlicy . Lepas tu tekan Proceed. dan akan keluar 1 resit . Tunjukkan Transaction ID dan Verification Code pada cashier 7-Eleven. Jika payment dah confirm dan buat bayaran , cashier 7-Eleven tu akan bagi MOL-MOLPay resit dan resit dari 7-Eleven , so korang akan dapat 2 resit .
Siap.. tinggal tunggu barang sampai di tempat korang . Penghantaran memakan masa 3-5 hari masa bekerja dan penghantaran secara percuma jika korang order barangan minimum 2 items. wahhh !! best-best .. sebab tak perlu bayar duit postage .
LAST BUT NOT LEAST , Terimakasih banyak sebab dah baca entri mengenai Hermo dan MOLPay cash ni ,. Lisa nak bagi kalian voucher berbelanja di HERMO .
Kod baucar : HMOLPAYCASH05
Terma dan Syarat :
- Baucar diskaun ini calid bermula 1/9/2016-31/12/2016 .
- Diskaun RM5 dengan minimum pembelian dari RM60 pada 1 single order . ( tidak termasuk caj penghantaran )
- Baucar ni hanya valid untuk 1 kali sahaja untuk 1 customer selama tempoh promosi.
- Tawaran ini tak valid jika korang guna serentak dengan code promosi yang lain
- Baucar tidak sah digunakan untuk barangan promo.
good sharing
ReplyDeleteehheeh thanks :)
DeleteBAUCAR. BAUCHAR. ASHEM PEDAS. LISSA.. Y U SO CUTE. AHHAHAHA
ReplyDeletealaa hahaha anggap je ayat tu betul hahaha
DeleteBanyak sekarang tempat yang boleh beli secara online. beli online lagi murah.
ReplyDeletetu la.. online lagi bnyak sale..
DeleteBest best. Thank you share cara mudah ni :)
ReplyDeletesama2 hihi
Deleteaduh tak boleh tengok..nak beli gak rasanya
ReplyDeletebeli jgn tak beli hihi
DeleteInfo yang berguna untk semua. Terima kasih admin.
ReplyDeletesama2
DeleteMaknanya kita kena pegi 7E and buat pembayaran lah kan?
ReplyDeleteyes...
DeleteMemang boleh bayar di 7eleven je eh? Kalau kat kedai serbaneka petronas etc, tak boleh ek 😅
ReplyDeletesemua yang ada sticker MOLPAY boleh bayar :D
DeleteSalam nak tanya kalau kedai tu ade molpay cash. boleh ke bayar dkt kedai tu?
ReplyDeleteSalam nak tanya kalau kedai tu ade molpay cash.boleh ke bayar dekat kedai tu?
ReplyDeletewasalam..boleh je ^^
DeleteMcmana pula semasa pembyran di buat kt 7e ttp masa tu juga offline... Mcm mcm mana status duit tu.. Untuk di tuntut blk. .Proses dia bagaimana.. Baru kena hr ni
ReplyDelete