Lepas Facebook ramai kena banned , sama ada facebook personal atau Fanpage sekarang Instagram pun dah mula buat pembersihan akaun . Ramai juga akaun Instagram dah kena disable tanpa sebarang notis. Dah nama pun sama bos , sama pemilik ..dan kita pula menumpang je , kena ikut terms and Co yang dia buat . Rasanya , yang disable ni akaun untuk business tapi masih guna akaun instagram personal . Contohnya , Merak HQ , Baldi Official , lebih kurang macam tu la , ala-ala fanpage juga tak boleh letak ayat terlarang . So.. hari ini Lisa akan kongsi cara agar akaun instagram tak kena disable. Jom baca !
Cara Elak Akaun Instagram Kena Disable
Lisa kongsikan beberapa cara untuk elak akaun instagram korang yang dah berpuluh ribu bahkan beratus-ratus follower tu elak kena disable selamanya :
1. Switch Akaun Ke Akaun Instagram Bisnes
2. Hentikan penggunaan Third Party Apps, Crowdfire, Onlypult.com, instagress.com etc .
3. Hentikan aktiviti follow dan unfollow secara manual yang berlebihan.
4. Jangan komen-komen yang terlampau spamming di gambar orang lain. Lisa selalu nampak orang promote barang or produk mereka di akaun artis -artis , perfume murah bla bla bla..
5. Penggunaan 'username' instagram , pastikan tiada perkataan yang terlarang. Contoh, hq, official, perkataan2 sensitif..ala.. sama mcm Facebook page jugak. Owner Facebook dan Instagram kan sama orang .
6. Jaga posting anda, jangan masukkan gambar-gambar yang keterlaluan seperti gambar-gambar lucah, bom, pistol.
7. Hentian SWAP REVIEW, REVIEW IG
Jadi , untuk yang berniaga di Instagram , sila tukar ke instagram bisnes ya , senang je bukan susah mana. Jika belum ada button atau function 'INSTAGRAM FOR BUSINES ni, jangan risau ye.. nanti akan ada dengan sendirinya .
Cara Tukar Ke Instragram Business
1. Pilih akaun setting pada bagian kanan atas akaun instagram korang, tengok gambar arah anak panah diatas.
2. Pilih Switch to Business Profile
3. Tekan Continue
4. Tekan OK
5. Continue akaun instagram korang . Pastikan Facebook korang adalah admin dari page yang korang manage .
6. Pilih mana-mana FanPage yang korang akan link kan dengan Instagram tu .
7. Isi Detail korang .
Tada.. dah siap ! Mudah je bukan . Dalam ni korang boleh tengok berapa banyak reach gambar yang korang dah upload , Impressions, Profile , Engagement.
NOTA : Instagram ini tak akan link ke akaun Facebook personal , tapi akan Link ke FanPage.
Terma dan syarat Instagram ni dah hampir sama dengan Facebook Page. Instagram kan dah jadi hak milik Mak Jukenbeg.Yang paling penting, 'convert' akaun anda dari akaun biasa kepada akaun bisnes instagram.
Mungkin ni untuk akaun instagram personal , tapi diorang guna tukberniaga. Ha.. tu tak boleh. Sama seperti Facebook., akaun personal digunakan tuk tawarkan hadiah atau menjual barang , memang akan kena disable oleh Merrk Zuki .