Ad

Cara Cepat Turunkan Demam

Cara Cepat Turunkan Demam

Alhamdulillah dari mula sihat, walaupun tekak masih pahit dan seminggu ni hanya makan bubur je setiap hari . Nak wat macam mana, makan bubur pun rasa pahit semacam ja lagilah kalau makan makanan lain . Hmm kalau dapat ketam nipah masak blackpepper.. perghh memang sedap ni . Berangan lebih je...orang cakap demam Dengi makan eh minum sup ketam nipah jadi cepat elok dan cepat sembuh . Hmm ketam sup ? rasa dia macam mana tu ..ada rasa ke ? masak cili api sedap jugak. Amboih.. bukan main lagi selera.. tapi cakap je la..makannya tidak ! Lisa pula lebih suka turunkan demam tanpa ubat . Bukan bermakna Lisa ni anti ubat ye . Cara cepat turunkan demam ialah dengan makan sup sarang burung . Makan atau minum air ni , memang cepat sihat .

Tahukan anda ,  selain membuat kulit cantik dan juga nampak awet muda ,Sarang Burung juga mampu jadi penawar untuk sawan demam yang teruk . Minum sarang burung dan  kemudian tidur . Selepas bangun tidur tubuh kalian akan rasa lebih baik dari sebelum .

Cara Masak Sarang Burung :
*Bersihkan sarang burung dan buang bulu halus yang terdapat pada sarang burung .
*Cuci sarang burung tersebut .
*Masak bersama air secukupnya .
*Masukkan sedikit gula batu , Jangan terlalu banyak kerana akan mengurangkan Khasiat dari sarang burung tersebut .
* Masak 1 sampai 3 jam .
*Siap .

Anda boleh meminum sarang burung itu ketika suam ataupun ketika sejuk . Jika anda sedang demam , ianya lebih bagus kalau anda meminum ketika suam .

Jika anda merasa tips ini terlalu susah , anda boleh membeli sarang burung di Kedai yang menjual sarang burung secara siap di botol. Anda boleh menyimpan dalam peti sejuk di rumah anda untuk berjaga-jaga .
Semoga bermanfaat dan selamat mencoba.

Cara lain untuk turunkan demam dengan cepat ialah :
-Banyak minum air masak
-minum 100 plus
-minum air kelapa
-minum air daun betik (papaya)
-minum sup ketam
-makan buah kiwi



Kalau demam lebih dari satu minggu , kalian kena rujuk ke doktor atau hospital terdekat. Jangan tunggu lama-lama..kang melarat pula.

Lisa memang tak nak la tidur Hospital, banyak hantu .. hahaha 
3
( Hide )
  1. tuari pun dekat seminggu jugak tak sihat.tapi tak terfikir nak minum sup sarang burung ni...next time boleh cuba

    ReplyDelete
  2. sarang burung memang bagus, kita jer kurang amalkan.

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo