Ad

Resepi Jeruk Rambutan Asam Boi



Musim durian dah nak habis dah , sekarang tiba masa musim rambutan pula. Teringat dulu time kecik , ayah selalu belikan rambutan sampai berguni-guni banyaknya . Lisa seorang yang makan... haha nasib baik tak cirit birit. Pernah dengar mangga jeruk yang letak cili potong tu kan ? Kali ini Lisa buat jeruk rambutan pulak . Mmmm...agaknya macam mana lah rasanya ? Jom try buat. 

Resipi jeruk rambutan sama saja dengan resipi jeruk mangga. Hanya gantikan mangga tu dengan buah rambutan . 






Bahan-bahan Jeruk Rambutan Asam Boi : 


- 200gram Asam Boi
- Buah Rambutan (terpulang kalian nak berapa banyak )
- 10 biji cili padi (cincang)
- 5 biji Limau kasturi (potong dua )
- 3 sudu gula
- Garam secukupnya.

Mudah dan senang dicari bukan bahan-bahan ni. Dan yan pasti tak mahal. 


Cara buat jeruk rambutan ni senang je . Kupas rambutan , buang kulit kemudian cuci . Masukkan dalam bekas , masukkan asam boi , cili padi , gula secukupnya dan gaulkan . Letak garam secukupnya .. kemudian perah limau kasturi dan masukkan limau tu kemudian gaul sekali lagi . Tak perlu tambah air sebab gula dan limau tu nanti akan mencair sendirinya . Tadaaa.. dah siap , kemudian letak dalam peti sejuk dan tunggu beberapa jam sebelum dimakan . 

Boleh tahan sedap rasanya , manis , masin , masam , pedas ... semua ada . Rasa rambutan tu kekal tak hilang . Musim rambutan belum habis lagi kan ? selamat mencoba! . Lepas ni nak buat jeruk durian pula lah.. EHH...hahaah jangan.. nanti sakit perut Lisa tak tanggung . 


Episod Akhir Sayangku Kapten Mukhriz


Tak terasa dah masuk ke penghujung episod akhir untuk drama Akasia Sayangku Kapten Mukhriz . Macam mana ..mesti kalian akan rindu dengan pelakon-pelakon ini kan .Jangan lupa tonton episode akhir hari ini 30 Ogos 2016  pukul 6.58 di TV3 . Tinggal beberapa minit sahaja .


Untuk korang yang tak berada di depan TV , boleh tonton secara online di Tonton.com.my atau di Link berikut :
EPISOD AKHIR SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ ONLINE TV3  -LIVE STREAMING 


Tonton episod penuh sayangku kapten mukhriz di www.gengtube.pw

Hotel in Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik di Sekitarnya.



Hotel in Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik di Sekitarnya. || Tak di nafikan lagi Kuala Lumpur ( KL ) tempat yang best dan menjadi tarikan oleh ramai orang , termasuk la Lisa  . Ibarat Kuala Kumpur ni dah macam Syurga Dunia . Kedengaran macam overrated , tapi mesti ramai yang akan cakap ya dan setuju dengan Lisa . Kenapa Lisa panggil Kl seperti syurga ? sebab di KL tu macam-macam ada. Banyak kemudahan dari segi transport , jalan-jalan ,shopping , makanan , atau tempat-tempat menarik lainnya .Untuk korang yang dah pernah datang atau bahkan duduk di KL, mungkin korang dah tau kenapa kan?  Dan untuk korang yang belum pernah sampai KL , jom Lisa story dan gambarkan tentang apa yang best di Kuala Lumpur . 

KL, seperti kita semua sedia maklum merupakan ibu negara kepada Malaysia dan mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di negara ini. Kuala Lumpur Malaysia menerima kedatangan pelancong yang tinggi jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di negara kita. Now this fact alone has given you some insight of what KL has to offer. Kebanyakan pelancong datang ke sini kerana keunikan yang ada di bandar ini. Taman tema, bangunan bersejarah, pusat membeli-belah besar serta hebat , hotel in Kuala Lumpur adalah antara tarikan di bandar besar ini . Kalian boleh mencari lebih banyak lagi tempat yang best , jika browse melalui Traveloka.com . 

Bukan tu saja, KL juga merupakan bandar yang paling selesa untuk dilawati sebab dah dilengkapi dengan banyak kemudahan asas seperti tandas awam (yang bersih), surau/masjid (for muslim) serta kemudahan pengangkutan awam yang effisyen. Jadi, senang la korang nak bergerak kan?! Jika korang dah memang tinggal di KL , apakata kalian try untuk jadi ala-ala pelancong ? Tak.. bukan gurau tau . Lisa serious . Kemas beg kalian , gunakan public transport , dan  book a hotel in Kuala Lumpur at https://www.traveloka.com/en-my/ and kalian dah sedia untuk adventure !!




Korang boleh mulakan hari dengan sarapan yang best dan ke terus KLCC untuk membeli-belah atau mengembara ke dunia lautan di Aquaria. Ataupun korang nak bakar lemak di taman tema air di Sunway Lagoon dan terus berseronok sampai malam ni kelab-kelab hiburan yang ada di sekitar Sunway Pyramid.  Kalau korang jenis yang sukakan alam semulajadi, Jangan risau ada juga ,tadi Lisa ada bagitau di KL ni semuanya ada, kan !? Hihi. Korang boleh melawat ke Taman Burung KL yang terletak berdekatan dengan the famous Lake Garden. Suasana kat sana yang sangat tenang boleh bantu korang untuk hilangkan stress dan redakan jiwa yang lara hahah. Not only that, berdekatan dengan kawasan tu juga terdapatnya Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Majestic Hotel (korang boleh dapat harga lebih murah di Traveloka.com). Bagi korang yang nak tengok keunikan seni bina dan sejarah ketamadunan Islam , bolehlah melawat ke tempat-tempat ni. 



Nah.. untuk korang yang jenis kaki makan , Lisa akan katakan inilah syurga untuk korang! Makanan ala-ala Utara, Pantai Timur atau bahkan  international cuisine, semua ada. Pilih je nak fine dine atau makan kat kedai biasa. Kalau nasib korang baik, korang berpeluang untuk experience food festival event yang dianjurkan di sekitar KL. Festival ini biasanya akan melibatkan famous food vendors dari seluruh negara . Untuk korang yang kaki shopping pulak, korang bolehlah shopping sampai pengsan. Antara tempat-tempat shopping yang famous kat sini ialah Bukit Bintang, Petaling Street dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Shopping mall's yang dekat dengan area sana seperti Pavillion, Fahrenheit dan Sogo. Macam-macam barang dan brand yang korang boleh jumpa, local or original, semua ada! 


Untuk korang yang nak datang dari luar (atau dalam) Kuala Lumpur Malaysia, kalau nak cepat korang boleh check flight kat Traveloka.com. Cara ni paling mudah. Bukan tu saja, kalau korang consider untuk tinggal beberapa hari , korang pun boleh check dan book hotel in Kuala Lumpur untuk dapatkan hargahttps://www.traveloka.com/en-my/hotel yang paling rendah, also at Traveloka.com. Ni ada lagi satu good news, bermula dari 29  August sampai 4 Sept 2016, Traveloka.com ada buat promotion untuk selected flight and hotel. So Jangan buang masa korang , Jom terjah sekarang ! 









Cara Batal Whatsapp Kongsi Data Pribadi dengan Facebook

Beberapa hari lepas lepas upgrade whatsapp versi 4.4 terbaru, Lisa dapat message popup Agreement. Dalam  Agreement tu tertulis Whatsapp akan dapat sepenuhnya maklumat dari pengguna Whatsapp dan akan menjual kepada pihak ketiga (Third Party), maknanya maklumat anda akan digunakan oleh syarikat lain. Seram juga kalau detail kita digunakan pihak ketiga ni. Risau pun ada juga .. tanya kawan-kawan ,mereka cakap dapat juga message tu. Bagaimana cara untuk elak data pribadi kita dikongsi dari Whatsapp ke Facebook oleh mereka ? Caranya senang je, Kalian kena untick lepas tu pilih don't share tau. Kalau tak nanti data kalian akan share kan di facebook .


Jika kalian dapat message popup ni, pilih pada bahagian yang Lisa tanda tu. 


Kemudian pilih UNTICK pada bahagian bawah sekali.

Jika sudah agree tanpa UNTICK, anda masih boleh mengubah didalam setting Whatsapp :
Masuk ke dalam
Whatsapp  - Setting -Account - Pilih share my account info -pilih DON'T SHARE 
seperti gambar berikut




Jika tak muncul, boleh Download Version Whatsapp terbaru versi 4.4 dari play store atau apps store  masing-masing. 

Kalian ada 30 hari masa untuk ubah. Selepas 30 hari, tidak boleh berubah lagi.
Jagalah maklumat peribadi anda dengan baik.

Gambar dan Nama Anak Shukri Yahaya - Tya Adnan

Artis lelaki yang handsome dan sado , Shukri Yahaya yang dulu pernah la juga Lisa minat dengan dia sejak tengok dia berlakon drama Asam pedas Untuk Dia TV3. Tahun lepas bernikah dalam bulan November , dan hari rabu kemarin kini status Shukri dah bergelar sebagai ayah . Alhamdulillah semua selamat , baik bayi ataupun Tya . Tahniah untuk Shukri Yahaya dan isteri , Tya Adnan atas kelahiran anak sulung . Puteri sulung Shukri Tya lahir di pusat cheras Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2016 , jam 12.22 petang . Dengar cerita Shukri temankan Tya ketika proses bersalin. Wah.. bukan semua suami boleh tengok perjuangan isteri ketika melahirkan tau . Anak pertama Shukri belum diberi nama lagi , tunggu satu minggu selepas kelahiran baby comel ni baru mereka akan war-warkan pada media . Nanti Lisa update kemudian .

  Gambar Anak Shukri Yahaya dan Tya Adnan




Nama Anak Shukri Yahaya - Tya Adnan : Aaira ameena
Date Of Birth : 24 Ogos 2016
Berat : 3.13kg
timing lahir : 12.22pm 









Sekali lagi Tahniah untuk Shukri Yahaya dan Tya Adnan . Selamat berpantang . ^^

Cara Cepat Turunkan Demam


Alhamdulillah dari mula sihat, walaupun tekak masih pahit dan seminggu ni hanya makan bubur je setiap hari . Nak wat macam mana, makan bubur pun rasa pahit semacam ja lagilah kalau makan makanan lain . Hmm kalau dapat ketam nipah masak blackpepper.. perghh memang sedap ni . Berangan lebih je...orang cakap demam Dengi makan eh minum sup ketam nipah jadi cepat elok dan cepat sembuh . Hmm ketam sup ? rasa dia macam mana tu ..ada rasa ke ? masak cili api sedap jugak. Amboih.. bukan main lagi selera.. tapi cakap je la..makannya tidak ! Lisa pula lebih suka turunkan demam tanpa ubat . Bukan bermakna Lisa ni anti ubat ye . Cara cepat turunkan demam ialah dengan makan sup sarang burung . Makan atau minum air ni , memang cepat sihat .

Tahukan anda ,  selain membuat kulit cantik dan juga nampak awet muda ,Sarang Burung juga mampu jadi penawar untuk sawan demam yang teruk . Minum sarang burung dan  kemudian tidur . Selepas bangun tidur tubuh kalian akan rasa lebih baik dari sebelum .

Cara Masak Sarang Burung :
*Bersihkan sarang burung dan buang bulu halus yang terdapat pada sarang burung .
*Cuci sarang burung tersebut .
*Masak bersama air secukupnya .
*Masukkan sedikit gula batu , Jangan terlalu banyak kerana akan mengurangkan Khasiat dari sarang burung tersebut .
* Masak 1 sampai 3 jam .
*Siap .

Anda boleh meminum sarang burung itu ketika suam ataupun ketika sejuk . Jika anda sedang demam , ianya lebih bagus kalau anda meminum ketika suam .

Jika anda merasa tips ini terlalu susah , anda boleh membeli sarang burung di Kedai yang menjual sarang burung secara siap di botol. Anda boleh menyimpan dalam peti sejuk di rumah anda untuk berjaga-jaga .
Semoga bermanfaat dan selamat mencoba.

Cara lain untuk turunkan demam dengan cepat ialah :
-Banyak minum air masak
-minum 100 plus
-minum air kelapa
-minum air daun betik (papaya)
-minum sup ketam
-makan buah kiwi



Kalau demam lebih dari satu minggu , kalian kena rujuk ke doktor atau hospital terdekat. Jangan tunggu lama-lama..kang melarat pula.

Lisa memang tak nak la tidur Hospital, banyak hantu .. hahaha 

Jimat Bateri iPhone selepas Update iOS 9.3.4


 Sejak kes android Marshmallow yang tak stabil tempoh hari , Lisa takut pula nak update software ke iOS 9.3.4 . Ya.. memang lain produk antara Apple dan Android . Tapi itu la.. biasa kalau awal-awal lagi ni memang tak berani nak update . Takut  jadi jem , drain bateri, hang , crash dan macam-macam lagi . Setakat ini memang iPhone Lisa ni tak pernah buat hal , terbaca dalam group Apple User je . Bagaimana pula dengan iOS terbaru ni ? Alhamdulillah... setakat ni impak positif je yang Lisa rasa lepas update software ke iOS 9.3.4 . Bateri tak cepat drain , itu je la takat ni yang untung .. efek lain tak try godeh lagi . Oh ya.,.biasanya untuk whatsapp, akan tunjukkan nickname dari sapa whatsapp tu . Nick name tau , bukan nama contact yang kita simpan dalam phone . . nah untuk iOS yang terbaru pula.. takde dah nick name yang kuar dalam screen tu .




Smooth je lepas update ke iOS 9.3.4 , dah boleh jimat bateri. Hahahaha.. berapa minggu lagi dah keluar iPhone 7 , series yang ke 10 keluaran iPhone. Nak tukar tak ye.. nak tukar tak ye .? macam la banyak sangat duit tu nak tukar. Tapi kalau dapat free apa salahnya kan ..?  Hadiah birthday ke... huihh berangan je.

Kalian dah update ke iOS 9.3.4 ke ? Kalau belum .. tak perlu risau untuk update ya . Tapi pastikan memory tu tak penuh la.. nanti sangkut kat logo Apple lak susah . Hehehe.. Selamat mencuba !! 

IG-Nius Luban makanan sunnah tambahan untuk anak

Perlancaran produk I G-Nius

I G-Nius luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor.
Dimana produk ini yang dikenali sebagai I G-Nius yang berasaskan makanan sunnah iaitu luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.




MHS Mahakarya Resource selaku pengeluar produk ini telah melakukan pembangunan dan penyelidikan (r&d) bagi produk selama setahun sebelum ianya dikormersialkan di pasaran tempatan. Ianya bermula daripada salah seorang ahli keluarganya yang bekerja di Jordan yang menyedari tentang khasiat yang ada dalam luban dan mempengaruhi syarikat ini untuk membantu dan menyedarkan masyarakat malaysia bahawa makanan sunnah dari luban ini amat memberikan seribu kejayaan.







Inilah rahsia bagaimana ahli tahfiz di Jordan sangat kuat ingatannya dlm mempelajari quran, begitu jua kehebatan I G-Nius luban. ini mahu ditunjukkan oleh pengasas yang lebih dikenali sebagai hamka kepada anak anak dan ibu yang mengandung di malaysia.

pohon luban yang banyak di kawasan-kawasan beriklim panas seperti oman, yaman, mesir, egypt dan sebagainya




Apakah keistimewaan Luban?

- Salah satu makanan sunnah yang menjadi warisan sejak turun temurun.
- Meningkatkan keyakinan diri.
- Meningkatkan tahaptumpuan pada pembelajaran.
- Menyuburkan niat anak-anak dalam mnghafal semua subject dan al-quran
- Meninggikan kecergasan dan ketajaman akal.
- Merawat saraf lidah untuk memudahkan masalah pertuturan.
- Amat sesuai pada anak yang lemah daya ingatan dan hafalan.
- Dapat mngelakkan daripada serangan kanser.


ini adalah sebahagian daripada luban atau dikenali sebagai boswellia thurifera



Kandungan I G-Nius telah disahkan oleh pihak KKM. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak dari kurma, buah delima, buah tin, gam arab, badam, habatus sauda, madu dan kismis.


Pencarian ejen dan stokis I G-Nius luban

Adakah anda mencari peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan?
Rebutlah peluang menjadi pengedar dan stokis produk I G-Nius kami yang sah sekarang dengan modal permulaan yang sangat rendah!




Promosi & tawaran berganda.
- Hadiah menanti bagi stokis yang berjaya mngandakan jualan.
- Berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti melancong, beriadah
- Macam-macam lagi yang ekslusif bersama kami.

Jika berminat, hubungi kami segera!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website:

Facebook rasmi: 

Instagram : 


Nasi Warisan Nasi Berlauk Delivery


NASI BAJET : NASI BERLAUK DIRAJA ORIGINAL KELANTAN – DELIVERY PUTRAJAYA || Kadang sibuk dengan kerja sampai masa nak rehat pun tak sempat nak beli makan . Mungkin lebih kepada malas , malas la.. nanti sangkut jem la.. apa la.. menu yang sama di cafe office . Sama macam Lisa la.. hehehe selalu guna delivery makanan je . Nah.. untuk kalian yang berada di Putrajaya , apa kata kalian cuba makanan nasi bajet , " Nasi Warisan "  Nasi berlauk diraja original dari Kelantan . , yang masak pun orang Kelantan .. siap ada delivery tau . Senang kalau nak makan tanpa susah-susah habiskan minyak tuk beli di kedai makan . Harga sebungkus RM 5.00 sahaja . Murah bukan ?? 



Korang yang turut nak rasa sama keasyikan Nasi Warisan Kelantan, cepat2 lah order....
Sarapan pagi , Makan tengah hari , Makan petang ‘DELIVERY PUTRAJAYA SAHAJA’



HARGA SEBUNGKUS: RM5.00 - Gulai Lemak Ikan Tongkol (ike ayoo)
PENGHANTARAN DI SEKITAR PUTRAJAYA ADALAH PERCUMA BAGI TEMPAHAN MINIMUM 5 BUNGKUS

CAJ PENGHANTARAN:
1-4 Bungkus: CAJ RM2.00/penghantaran  PUTRAJAYA SAHAJA
5 Bungkus ke atas: PENGHANTARAN PERCUMA PUTRAJAYA SAHAJA


PROMOSI SEHINGGA 31 OGOS 2016: Order 10 Bungkus dan dapatkan PERCUMA 1 bungkus, dan seterusnya!!!


TEMPAHAN
ISNIN – JUMAAT: Ada
SABTU & AHAD: Jika ada permintaan. Minimum Order 15 Bungkus

ORDERLAH SEKARANG... Whatsapp/hubungi: 01119791881 (AbeLong)
AGEN DIPERLUKAN… KOMISEN MENANTI… Jangan lepaskan peluang jana pendapatan pasif. Berminat untuk menjadi AGEN? Sila whatsapp AbeLong, harga ‘special’ akan diberikan…

TUTUP ORDER:
SARAPAN PAGI/MINUM PAGI: Sebelum jam 10.00 malam hari sebelumnya
MAKAN TENGAHARI: Sebelum jam 9.00 pagi hari tersebut

FACEBOOK : 



AGEN PENGEDAR DIPERLUKAN !!!

KELEBIHAN MENJADI AGEN:
Komisyen atas jualan akan diberikan sebanyak RM0.50 bagi setiap bungkus yang dijual
Minimum order: 10 bungkus (PENGHANTARAN PUTRAJAYA SAHAJA) & TIADA MINIMUM ORDER BAGI AGEN YANG AMBIL SENDIRI 
Dapat menjana pendapatan pasif serendah RM10.00 sehari


SYARAT:
Agen datang ambil stok sendiri (lokasi di Putrajaya):
- Komisen RM0.50/bungkus & setiap jualan 10 bungkus, percuma 1 bungkus dan seterusnya… (promosi sehingga 31 Ogos 2016)
- Tiada minimum order
Agen kumpul order dan penghantaran dibuat ke lokasi Agen (PUTRAJAYA SAHAJA):
- Komisen RM0.50/bungkus
- Minimum order: 10 bungkus




Mereka dah , anda bila lagi ?? Jom la cuba ...













Manfaat Bunga Lavender dari Pegasus Florist


Lavender , bagi yang pernah datang ke Cameron , pasti dah pernah nampak secara langsung lavender ni bahkan mungkin cium bunga ni.. memang cantik dan wangi . Selain jadi hiasan .. lavender ni boleh kalian jadikan sebagai pewangi bilik . Mesti pernah nampak kan di jenama-jenama pewangi bilik yang dibuat dari Lavender. Lavender ni wangi lembut dan menenangkan . . Dan ya.. bosan dengan wangian bilik yang dijual di pasaraya , Lisa cuba tukar dengan lavender kering . Sejambak bunga lavender kering ni terdapat 100 tangkai . Ada panjang dan pendek , terpulang kalian nak deco macam mana nanti . Letak dalam pasu bunga tuk hiasan pun boleh . Lavender kering yang murah , kalian boleh dapatkan di Pegasus Florist . Murah dan free delivery pula tu ..  


 Lavender kering rileks kan minda

Dari 100pcs Lavender kering , Lisa ambil sebagian dan letak di office dan sebagian lagi letak dalam bilik tidur .Biasalah ditempat kerja , kadang mood stress sebab banyak kerja ni boleh hilang kalau ada wangian lavender . Banyak juga manfaat lavender kering ni ; untuk relaxation , untuk tenangkan fikiran , untuk hiasan , weeding , untuk rileks kan minda dan banyak lagi termasuklah untuk elak serangga. Multifunction Lisa letak dalam bilik tempat kerja ni , cantik ,,, sebagai hiasan , wangi..sebagai pewangi bilik , dan juga.. halau nyamuk. Hahaha... betul.. bunga ni leh halau nyamuk atau serangga lain . 

Walaupun dihantar guna kurier , tapi bunga ni tetap utuh dan elok sampai tangan Lisa . Sebab masuk dalam kotak plastik yang keras ditambah dengan buble wrap. Usah risau , kalau ada sedikit biji-biji bunga lavender yang jatuh tu jangan buang tau .. kalian boleh kumpulkan dan masuk dalam beg kecik . Nah.. kemudian kalian boleh letak dalam beg , rak kasut , pillow atau letak dalam kereta. 




Bunga Lavender kering ni bau yang semula jadi tanpa tambahan pewangi . Picit bunga , dan akan keluar wangi lavender tu . Wangi 100pcs sejambak Lavender kering ni boleh tahan selama 1 tahun . Wah jimat ! harga pun murah .. kena beli lagi nampaknya . 



Untuk wangi yang tahan lama , elakkan dari panas matahari .Jangan rendam dengan air tau . Letak di tempat yang tak terdedah dengan panas matahari . Kalau ada habuk , blow slow-slow dengan hair dryer. 


NOTA : Lavender ini bukan untuk dimakan !!! 




Penghantaran percuma untuk kalian yang berada di Semenanjung  Malaysia ! Eh .. tunggu apa lagi.. jom skodeng PEGASUS FLORIST banyak jenis dan pilihan , mana tahu kot tertarik... hehehe

info selebihnya :

Facebook :
https://www.facebook.com/pegasusflorist

E-mail :


© all rights reserved
made with by templateszoo