Sekarang sedang HOT dengan menu makanan seafood yang disajikan hanya dengan alas plastik je .Entri sebelum ni Lisa dah kongsi dimana lokasi makan Shell Out di Kluang , hari ini Lisa ingin kongsi pula resipi yang ada dalam Shell Out tu . Mudah je , terpulang kalian nak rajin ke tidak . Hahaha tapi better makan kat luar kot sebab kalau tak pandai siang ketam , nanti ketam jadi hanyir dan busuk . Tak pandai boleh mencuba ,.. Jom baca !
Nah sebenarnya nama Shell Out tu bukan nama makanan , tapi nama kedai " Shell Out " yang mula-mula perkenalkan menu makanan seperti itu,,, yang ni semua macam dah salah paham . Termasuk Lisa le .. ala..sama je dengan maggi, orang dah selalu sebut nama tu .. jadi dah terpatri difikiran dengan sebutan 'maggi' walaupun nama maggi tu mie sedap , ramen , atau brand lain lagi . Betul tak ? Jom baca resipi cara masak shell out sendiri dirumah .
LALA SWEET SOUR
Bahan – bahan :
Lala
Serai
Bawang putih
Cli padi
Sos cili
Sos tomato
Cara memasak :
Tumbuk serai + cili padi + bawang puti, tumis semua sekali kemudian masukkan sedikit sos tomato + sos cili. Tak payah letak air pon takpe, sebab nanti dah masukkan lala dia dah masak keluar air dari lala tu..
CHILLI CRAB
Bahan – bahan :
Ketam
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Serbuk kari ikan
Asam keping
Telur
Cara Memasak :
Masukkan bawang putih + bawang merah + serai + cili kering yang dah direbu dan kemudian blend . Tumis semua sampai dah agak kering,
Masukkan sedikit serbuk kari ikan + asam keping+ garam + serbuk perasa. Kemudian masukkan ketam. Ketam nak goreng dulu pon boleh tak nak pon takpe. masukkan Ketam sampai nampak warna ketam tu dah sedikit oren terus pecahkan telur.. siap.
SOTONG BAKAR BEREMPAH
Bahan – bahan :
Sotong
Sos panggang maggi
Serbuk kunyit
Cara Memasak :
Perap sotong dengan sos panggang maggi + sedikit serbuk kunyit. kemudian bakar dalam pemanggang ajaib.
UDANG SAMBAL
Bahan – bahan :
Udang
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili kering
Belacan
Air asam jawa
Cara memasak :
Blend bawang merah + bawang putih + bawang besar + cili kering yang dah direbus + belacan yang dah dibakar.. tumis semua sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa + garam + gula + serbuk perasa and terakhir masukkan udang.
untuk sayur dan jagung , kalian hanya perlu rebus sekejap dengan garam dan pepper.. jagung tu rebus kosong je sebab rasa dah manis nanti . Siap untuk dimakan ...Sedap lagi kalau alas dengan daun pisang .. aroma dan rasa makanan tu dah lain ..
Selamat mencoba ..
boleh buat sendri la nanti. thanks share resepi =)
ReplyDeleteMenyelerakan sungguh. 😁👍🏻
ReplyDelete