Ad

CASIO EXILIM EX-TR70 Selfie Camera



Selfie dengan Camera CASIO EXILIM EX-TR70 || Kebanyakan semua Handphone sekarang dah ada kamera depan untuk mudahkan selfie . Tapi.. tak semua kamera depan pada HP ni nampak clear atau nampak cantik . Alaa gunalah apps beauty plus ,,camera 360 atau etc.. tapi gambar yang dihasilkan pun tak cantik..sebab akan pecah atau keluar petak-petak . Sebelum ni lisa dah cuba kamera Casio TR-35 , gambar cantik woo.. lagi satu sebab ringan dan gambar tu wide . Casio kini keluarkan model terbaru  iaitu EXILIM EX-TR70 . Agak-agak apa yang menarik dikamera ini ? 


Casio EXILIM EX-TR70 keluar dengan 3 warna , putih , pink dan Gold. Dibuat di Japan dengan design yang cantik shape wedge dari lens kearah screen dan pastinya Elegant .Body yang lebih slim dan ringan , mudah digengam,, apalagi dengan tangan Lisa yang bersaiz comel je ni haaa... Ok .. kelebihan Casio EX-TR70 , lebih kepada untuk selfie . Sebab dengan kamera ini kalian boleh pilih 6 mode makeup antaranya : Elegant , Foggy , Fairy ,Nostalgic ,Vivid ,Square . So... kalau kalian berselfie dengan kamera ni ..kalian boleh pilih , nak nampak kulit licin , gebus, cerah .. terutama ditempat yang kurang cahaya . 



Dilengkapi dengan stand dibagian tepi , memudahkan kalian untuk bergambar tanpa perlu memegang kamera ni . Letak je selftimer and kemudian sandarkan pada kerangka dibagaian tepi tu . Mudah .. takda orang tolong snapkan gambar pun takpa . Screen ni kalian boleh tukar-tukar .. baik didepan atau di belakang . Kamera yang sama dalam Casio Ex-TR70 . 

Spesifikasi Casio Exilim EX-TR70 

21mm Wide-Angel Lens memudahkan kalian untuk bergambar beramai-ramai dengan kawan. 

* Single Focus Lens 11.1MegaPixels 
* 220 Jam , Battery life 
* Full HD Movie 
*Wifi*5 , memudahkan kalian untuk transfer gambar ke smartphone dan upload media sosial .
 *Shooting Interval 0.24s 

*Makeup function
*EXILIM Engine HS Ver.3 
*Wi-Fi*5 
*High sensitivity 1/1.7-inch CMOS sensor 
*Bluetooth® low energy technology (Bluetooth®*4 Smart) 
* high brightness LED 


TR70 Menggabungkan EXILIM Engine HS Ver.3 dengan sensitiviti yang tinggi 1 / 1.7-inci CMOS sensor dan lensa yang baru dibangunkan dengan outstanding optic qualities  . Juga dilengkapi dengan kecerahan tinggi LED untuk tangkap gambar yang lebih cantik dalam keadaan belakang gelap atau terang , macam Lisa cakap tadi ... walaupun tempat tu kurang cahaya .. gambar yang dihasilakan Casio EX-TR70 tetap cantik . 

Harga Casio Exilim EX-TR70 .

Harga untuk kamera Casio EXILIM EX-TR70 ini ialah RM 4,650.00 . Warranty 1tahun . 







Cantik bukan ?Kalian boleh kumpul duit dari sekarang untuk beli kamera casio yang cantik dan elegant ini . 

Senarai Pelakon Seindah Takdir Cinta

Lama tak nampak Saharul Ridzwan , terrindu pula dengan lakonan artis yang pernah terbawa mimpi ni . Hehehe .. minat sangat... Kali ni berlakon digandingkan dengan Amyra Rosli dan Redza Rosli dalam drama Seindah Takdir Cinta . Tayang untuk slot Akasia TV3 setiap hari Isnin- Khamis pukul 6.58 petang .

 Seperti drama sebelum ni .. plot cerita diangkat dari Novel karya Kamsiah Abu ,, jadi pengakhirannya korang dah boleh agak dah kan...  Drama ini  diterbitkan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Zul Huzaimy Marzuki dan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Antara Senarai pelakon dalam Seindah Takdir Cinta : Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Redza Rosli, Haff Ridzuan, Azri Iskandar, Ifa Raziah, Amai Kamaruddin, Nazzaty Rusli, Tatty Hassan, Lydiawati, Nazmi Nordin, Aina Abdul, Aidit Noh, Abdul Rahman Suud, Raja Ema, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Mubarak Majid, Rudy Imran

Senarai Barisan Pelakon Seindah Takdir Cinta

PelakonWatak
Amyra Rosli
Mia Karmila
Saharul Ridzwan
Shahriman
Redza Rosli
Adrian
Mahmud Ali Bashah
Dato Kamal
Ifa Raziah
Datin Mariam
Amai Kamaruddin
Fendi
Nazzaty Rusli
Zetty
Haff Ridzuan
Faizal
Ben Ali
Rashid
Azri Iskandar
Tan Sri Effendi
Raja Ema
Puan Sri Zalin
Mubarak Mjid
Ustaz Azri
Lidyawati
Ustazah Habibah
Nazeri Md Isa
Pak Manap
Nada Suhada
Zila
Mak Jah
Mak Kiah
Zulaihardarayni Omar
Gina
Marisa Yasmin
Datin
Abdulrahman Suud
Rahman
Rudy Metro
En. Anas
Qudyn
Muzamil
Irma
Aida Abdul



SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

Mia Karmila (Amyra Rosli) anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya.

Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?




PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA

PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA || Pernah satu ketika dulu Lisa ingin jadi pengasas produk sendiri .Tengok Dato' Seri Vida  pengasas Qu Puteh , Dato' Alif terlajak laris , dan Jutawan muda Salehuddin Ilias atau dikenal safie Ilias. ..teringin juga jadi seperti mereka.  Tapi tak tahu dimana dan cari siapa untuk mula belajar semua itu . Biasanya memang kalau masuk agent atau dropship..diorang tak kan bagi atau tunjuk ajar , mungkin takut jadi pesaing kot  .

Pengasas Produk ,, dalam minda mesti dah fikir ..mana nak cari duit untuk jadi pengasas? Ye kalau menjadi .. kalau ditipu orang .. hmmm... ok ok .. usah risau .. Lisa nak bagitahu yang kini Muslim Volunteer Malaysia ( MVM)  bekerja sama dengan MOHA GROUP SDN BHD , membuka peluang untuk join dan belajar bagaimana menjadi pengasas produk secara percuma dalam program  MVMAPPRENTICE .Apprentice yang berjaya berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.
 Ini peluang buat Lisa dan juga anda yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, anda boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei ini.

APA ITU #MVMAPPRENTICE ?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Khas buat anda yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk anak muda mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk.


MAKLUMAT PROGRAM

» Tempat: EZAZ Wealth Management dan Consultancy
» Alamat: No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.
» Tarikh: 29 Mei 2016
» Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
» Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
» Pendaftaran: - 019 - 387 4397 Atiqah

SIAPA PERLU HADIR?

» Graduan baru
» Mereka yang sedang memburu kerja
» Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
» Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
» Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

 BERSAMA 3 PANEL MVM APPRENTICE


YAYA MOHAMAD
Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.

SHIDA MOHAMAD
Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD
Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.


Jom daftar SEKARANG ! Caranya mudah je .. whatsapp nama penuh anda ke no 019  387 4397 – Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event di FB

Maklumat lanjut di:



Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan anda, terutamanya kawan anda yang masih mencari peluang pekerjaan / yang berminat untuk menjadi usahawan.

Izeara Xtravaganza Produk Kurus Punca Bella Mengamuk

IZEARA XTRAVAGANZA Produk Kurus Tak Panas Punca Bella Mengamuk || Kes Bella ni siapa yang tak kenal .. dah viral bahkan sampai ke negara jiran . Semua tu berpunca dari tindakan Bella Upload video marah-marah , mengamuk tak puas hati dengan Izeara  Xtravaganza , produk kurus yang Bella pakai tapi tak rasa panas. Lepas je Bella report polis , dia upload video depan pejabat Polis . .. Katanya benci dengan produk melayu sebab produk yang Bella guna ni tak rasa panas. Sampai Rani Kulup pun kecam tindakan Bella. Fuhh..memang betul-betul viral dah ni ..

walhal ... die baru guna sekali je pun produk serum kurus tu, Kalau ikutkan.. Serum Kurus  tak panas tak asing lagi kat Malaysia ni lah.. Ok apa serum kurus tak panas , lagi best kot sebab selesa.. Cuaca panas mana selesa nak pakai panas-panas, dengan keadaan pergi  kerja lagi.. Sebenarnya company ni bijak lah keluarkan produk yg baik utk pengguna .. Lisa pon ada guna produk kurus , sebab panas.. jarang guna dah sekarang ... Tak selesa kat tempat kerja .



 Alhamdulillah.. nasib baik Bella ni sedar  sebelum terlambat, mengaku salah .  Berani woo ,,minta maaf  pada semua rakyat Malaysia terutamanya pada owner produk serum kurus Izeara extravaganza ..Bella akui kesilapannya sehingga timbulkan kemarahan rakyat 1 Malaysia..Bukan senang jmpa orang yg ada keberanian mengaku salah ni dan minta maaf.. kalian pun belum tentu mampu buat . Tengok sini  : Video Bella minta maaf 


Biasanya kalau kena bash , orang akan cepat melatah kan ? Tidak pada owner Extravaganza ni ... selepas tonton video penjelasan dari owner Izeara Xtravaganza ni ,, barulah tahu produk ini memang tak panas. Jadi tak da isu sebenarnya .. Bella je yang salah paham ingat semua produk kurus tu panas . Salute juga dengan Owner ni .. tak cepat marah hadapi isu viral Bella. 




Lisa sebenarnya tak pernah nampak produk tu , sampailah haritu tertengok di Instagram Nana Nordiana. Lah.. rupanya Nana pun pakai juga produk ni . Patutlah slim melim je tengok dalam drama tu macam anak dara pun ye jugak . Banyak juga rupanya kebaikan Izeara xtravaganza ni . Feedback dari pengguna pun bagus je ,, bukan marah-marah seperti Bella. Dari info google yang Lisa survey , produk ni banyak kelebihannya .. 


Antara Kelebihan Serum Izeara Xtravaganza :

 - Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!

- Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C..Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit..

- Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni.. Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari

- Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!

Kalau masih tak percaya.. jom tengok pula hasil testimoni pengguna 









Actually, ramai je kawan-kawan yang dah guna produk ni. Dan, majoriti daripada mereka pernah bagitahu produk Izeara Xtravaganza memang berkesan. Hm.. teringin nak pakai juga la... almaklumlah..banyak dah baju kurung yang dah tak muat . 

Jadi.. Korang kalau nak cuba, boleh WhatsApp 013‑777 3617. Harga promosi RM109 sahaja, harga normal rm149 tau.. Nak lebih diskaun lagi ? try bagitau dari reader ciksepet.com  ;) ada duit lebih..boleh la lanje Lisa sekali ye.. hehe he.. bolehla Lisa melawa sebelum raya .. 

Cara Atasi Masalah Whatsapp Iphone



 Semalam nampak di facebook Apple User Group , ramai pula bagitau whatsapp iPhone jadi problem . Hang dan keluar skrin putih kosong je . Lisa fikir mungkin whatsapp tak update kot . tak pun sebab memory phone penuh . So buat don't know je la ... lepastu petang semalam Lisa pula yang kena. Adeh .. risau ? mesti korang akan risau .. manatahu dalam whatsapp ada message penting dari pejabat atau data customer . Lisa tak risau sangat sebab iPhone tu guna tuk number lain, dan dalam whatsapp tak da apa yang penting pun . Petang semalam whatsapp dah ok semula... selepas tunggu beberapa jam sebab otak jammed. Nasib la dah tahu cara nak dapatkan whatsapp dan data dalam tu semula .  Dibawah ini Lisa akan kongsi cara atasi masalah whatsapp hang di iPhone 

 



Cara atau Tips ini atasi Whatsapp hang pengguna iPhone . 

Dari info iphone user yang lain Lisa gabungkan dan akan share ke kalian . Semoga Cara atau Tips ini berguna untuk atasi Whatsapp hang dan problem skrin putih bagi pengguna iPhone . Caranya : 
1. Masuk setting phone  , kemudian scroll kebawah dan pilih whatsapp . Tutup access dalam whatsapp tu seperti contacts , photos , microphone ,camera , dan backgroup app refresh .  Try masuk semula whatsapp , tada.. dah siap.. backuplah data-data yang penting dan masukkan dalam icould . 

2. Kalau cara tu tak berkesan ... kalian boleh delete whatsapp dan kemudian install semula .Tapi nanti data dan message yang korang tak backup tu akan hilang . Untuk group kekal ada lagi , untuk chat personal je la memang tak boleh nak dapat semula . kecuali kalian backup .  Atau kalian boleh guna cara ini , 

Fix WhatsApp putih, crash etc 

1. Disable segala berkaitan dengan WhatsApp:
- Setting > skrol ke bawah sekali (iOS 8 ke atas je ada) > WhatsApp > Off untuk Contacs, Photos, Microphone & Camera

2. Pastu disable Notifications sekali:
- Setting > skrol ke bawah sekali (iOS 8 ke atas je ada) & WhatsApp >Notifications & Allow Notifications & Off

3. Off iPhone selama/lebih kurang 1 minit pastu On balik.

4. Connect ke wifi/data atau connection internet yang laju.

5. Buka app WhatsApp, keluar ke homescreen (jangan kill WhatsApp di multitasking/app switcher) dan pergi semula step 1 2, On balik semua semula.

6. Buka balik WhatsApp dan tengok macam mana.

Tutorial buat backup: https://www.youtube.com/watch?v=rIVrp0SQFzA
(nak Restore Backup ada di sebelah Backup Now tu)

FB: https://www.facebook.com/WhatsApp
Twitter: https://twitter.com/whatsapp
Email: support@whatsapp.com
App Store: Search WhatsApp &  tab Reviews & Write a Review

Masalah ni bukan berkaitan dengan iOS tapi masalah WhatsApp sendiri... jangan gelak sangat... huhu ..terkena baru padan muka ..

Jangan lupa upgrade IOS ke 9.3.2 dan jangan lupa update version whatsapp. 

Selamat mencuba ..









Lirik Anugerah Terindah Ost Sayangku Kapten Mukriz


Slot Akasia TV3 Akan datang iaitu drama " Sayangku Kapten Mukhriz " adaptasi dari novel karya Sophilea. Drama ini terbitan Creative Skill Solutions. Skrip Nieza Nahar, lakonan oleh Raja Afiq DFKL dan Niena Baharun sebagai hero dan heroin. Lagu untuk drama ini dibawakan oleh Black ... teringat dulu pernah jumpa depan mata dan sempat bergambar dengan Black ..hihihi... dia baik wooo... peramah  ... ok back to entri .. Lagu Anugerah Terindah dipilih untuk dijadikan OST Sayangku Kapten Mukhriz . Best juga lagu ini.. jom dengar ;-) 


LIRIK LAGU ANUGERAH TERINDAH - BLACK OST Sayangku Kapten Mukriz

Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu dulu
Ingin ku berlari sendiri dan sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Kerap ku berdoa agar cinta kita
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa
Dengarlah kasihku janjiku padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu selalu

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah


Cubaan Hack Instagram ?



Throwback beberapa minggu lepas,, ada beberapa artis yang akaun Instagram milik diorang dah kena hack kemudian ditukar nama. Bukan calang-calang follower , berbillion-billion kaauu...  artis tu seperti Wawa Zainal , Jihan Muse .. dan beberapa artis lainnya. Dengar cerita , kengkonon dapat message tuk verify email . Tapi last-last kena hack . hmm... Dan kemarin Lisa dapat juga message verify untuk secure akaun instagram. Terus terbeliak mata... kena time tengah malam pula tu ..  tak kan instagram suam kuku pun nak kena hack ? laju -laju Lisa tanya kawan .. kot diorag ada dapat benda yang sama . 


Oh.. ternyata memang diorang ada yang dapat dan ada yang tak dapat . Message ni muncul di akaun instagram , jadinya betul-betul la dari pihak instagram . Bukan spam dan bukan cubaan hack . Nasib baik .. Fuhh.. ! Lisa tekan verify dan kemudian buat pengesahan dalam link yang dihantar melalui email. 






Taaa daaa... dah siap verify . Walapun tak cecah 100K ,, namun sayang la juga kalau tiba-tiba hilang akaun tu . Disitu tempat mencari rezeki . Hehehe .. untuk kalian yang belum buat pengesahan tu ., verify cepat.. jangan dah kena hack nanti baru tahu erti penyesalan . 

Resepi KETAM BLACK PEPPER


ketam lada hitam
Dari banyak jenis menu ketam , Lisa lebih suka ketam yang dimasak black pepper atau ketam lada hitam . Pedas dan manis , tak muak walaupun makan banyak.. Biasa kalian dengan daging masak lada hitam , sekarang ketam pula. Cara masak ketam ni senang je rupanya .. main campak-campak dah siap ..sedap pun sedap .. (puji diri sendiri nampak ) , hehe  ... Jom cuba masak , Resepi Ketam Black Pepper berikut Lisa kongsikan . 


Resipi Ketam Black Pepper / Ketam Lada Hitam . 

Bahan-bahan : 
3 ekor ketam ( jenis ketam ikut citarasa kalian , kalau Lisa suka ketam besar , ketam nipah sebab banyak isi  dari ketam bunga )   
2 sudu besar butter
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia ditumbuk
15 biji cili kering (  hiris kecil kemudian rendam air panas dan toskan )
2 tangkai daun kari
3 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
5 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos pekat
1 sudu makan sos cair
1 cawan air panas
Garam, gula n perasa secukupnya
1 biji bwg merah besar ( hiris bulat )

Cara memasak ketam black pepper :
*Ketam potong ,ketuk-ketukkan kemudian cuci bersih dan rebus hingga naik kaler orange .


1. Panaskan butter sehingga cair, tumis bahan-bahan tumbuk  tadi ( bawang merah , bawang putih , halia , lada hitam)   sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering, daun kari dan  goreng garing.
3. Masukkn lada hitam, sos lada hitam, sos pekat, sos cair n air panas, gaul biar rata dan mendidih.
4. Masukkan garam, gula n masukkan bawang hiris, gaul lagi bagi rata.
5. Masukkan ketam, gaul biar sume bahan sebati, siap dihidangkan.

Hidangkan panas-panas .. fuhhh memang mebeles... rasa yang sedap gila wooo.. Lisa seorang boleh makan 3 ketam sekaligus . Hahahaha.. dah namanya pun peminat ketam . Tapi tak boleh makan selalu.. nanti kena gout .. Selamat mencoba 

RESEPI SHELL OUT

Resepi masak shell out
Sekarang sedang HOT dengan menu makanan seafood yang disajikan hanya dengan alas plastik je .Entri sebelum ni Lisa dah kongsi dimana lokasi makan Shell Out di Kluang , hari ini Lisa ingin kongsi pula resipi yang ada dalam Shell Out tu . Mudah je , terpulang kalian nak rajin ke tidak . Hahaha tapi better makan kat luar kot sebab kalau tak pandai siang ketam , nanti ketam jadi hanyir dan busuk . Tak pandai boleh mencuba ,.. Jom baca !  


 Nah sebenarnya nama Shell Out tu bukan nama makanan  , tapi nama kedai " Shell Out " yang mula-mula perkenalkan menu makanan seperti itu,,, yang ni semua macam dah salah paham . Termasuk Lisa le .. ala..sama je dengan maggi, orang dah selalu sebut nama tu .. jadi dah terpatri difikiran dengan sebutan 'maggi' walaupun nama maggi tu mie sedap ,  ramen , atau brand lain lagi . Betul tak ?   Jom baca resipi cara masak shell out sendiri dirumah . 


RESIPI SHELL OUT

 LALA SWEET SOUR

Bahan – bahan :
Lala
Serai
Bawang putih
Cli padi
Sos cili
Sos tomato

Cara memasak  :
Tumbuk serai + cili padi + bawang puti,  tumis semua sekali kemudian masukkan sedikit sos tomato + sos cili. Tak payah letak air pon takpe, sebab nanti dah masukkan lala dia dah masak keluar air dari lala tu..

RESIPI SHELL OUT

CHILLI CRAB


Bahan – bahan :
Ketam
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Serbuk kari ikan
Asam keping
Telur

Cara Memasak : 
Masukkan bawang putih + bawang merah + serai + cili kering yang dah direbu dan kemudian blend . Tumis semua sampai dah agak kering, 
Masukkan sedikit serbuk kari ikan + asam keping+ garam + serbuk perasa.  Kemudian masukkan ketam. Ketam nak goreng dulu pon boleh tak nak pon takpe.  masukkan Ketam sampai nampak warna ketam tu dah sedikit oren terus pecahkan telur.. siap.



RESIPI SHELL OUT

SOTONG BAKAR BEREMPAH

Bahan – bahan :
Sotong
Sos panggang maggi
Serbuk kunyit

Cara Memasak  : 
Perap sotong dengan sos panggang maggi + sedikit serbuk kunyit. kemudian bakar dalam pemanggang ajaib.


resipi shell out

 UDANG SAMBAL

Bahan – bahan :
Udang
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili kering
Belacan
Air asam jawa

Cara memasak :
Blend bawang merah + bawang putih + bawang besar + cili kering yang dah direbus + belacan yang dah dibakar.. tumis semua sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa + garam + gula + serbuk perasa and terakhir masukkan udang.

untuk sayur dan jagung  , kalian hanya perlu rebus sekejap dengan garam dan pepper.. jagung tu rebus kosong je sebab rasa dah manis nanti .  Siap untuk dimakan ...Sedap lagi kalau alas dengan daun pisang .. aroma dan rasa makanan tu dah lain .. 

Selamat mencoba .. 

Penyanyi Deddy Dores Meninggal Dunia

Penyanyi Deddy Dores Meninggal Dunia || Baru beberapa minggu lepas Lisa nyanyi lagu Jangan Pisahkan di Smule , hari ini terdengar kabar yang penyanyi Deddy Dores telah meninggal dunia malam tadi 17 Mei 2016 , jam 11.45 malam . Beliau  merupakan seorang Penyanyi Slow Rock pernah menciptakan lagu untuk arwah Nike Ardila . Lahir 28 November 1950 dan meninggal dunia di usia 65 tahun akibat serangan jantung yang menyerang semenjak tahun 1990.

Marilah sedekahkan alfatihah untuk beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya . 

YES PROMO RAYA RM 88 , 16GB INTERNET



PROMO RAYA YES RM88 , 16GB INTERNET || Zaman tehnologi canggih sekarang ni manusia tak lepas dari data internet. Dah macam keperluan yang memang kena ada . Dari call ,sms ,video ,kerja,studi semua guna internet.Permasalahannya Pelan internet apa yang bagus dan bebaloi ? YES 4G kini menawarkan pakej Super 88 untuk kuota data 16GB dan Super 66 kuota 10GB  . Wah... murahnya ...

YES SPESIAL PROMO RAYA menawarkan pakej yang cukup berbaloi iaitu Super 68 dan Super 88.. Dengan hanya Rm68.00 kalian boleh menikmati 10gb internet dan RM 88.00 untuk 16GB internet . Huddle Xs senila rm 509.00 akan diberikan secara percuma untuk pendaftar selama stock masih ada  Wahh...menarik dan berbaloi ni. Promo ini bermula 29 Apr 2016 dan sah sampai 30 June 2016. Cepat daftar... sebab limited stock saja..



Cara atau syarat untuk mendaftar YES PROMO RAYA SUPER 88 & SUPER 68 

Pastikan tempat kalian suport untuk line YES 4G , sebab hanya kawasan yang ada Yes 4G sahaja yang boleh apply . Untuk check coverage , kalian boleh semak di link ini ; https://www.yes.my/v3/coverage-check.do 

Lagi satu..pastikan nama kalian clear dari senarai hitam atau blacklist telco. Yang ada hutang telco tu... sila bayar lee.. kan..



Harga untuk pendaftaran YES PROMO RAYA


Jumlah yang perlu dibayar pertama kali ketika mendaftar Super 68  ialah RM118.00 ( RM 125.08 termasuk GST)  , activation fee rm 50.00 + 1 bulan commitment Fee : RM 68.00 (tidak termasuk gst) ..
Sedangkan harga pendaftaran untuk pakej Super 88 ialah RM 138.00 ( RM146.28 termasuk GST) , activation fee RM 50.00 + 1 bulan commitment Fee : RM 88.00 (tidak termasuk gst) ..

Kuota Data internet Yes Super 68 dan Super 88 promo raya ini ialah Full day ya... boleh digunakan sepenuh masa tiada siang atau malam asing2...


Persaingan telco berlumba untuk berikan pakej yang berbaloi untuk pengguna . Ingat lagi...10tahun lepas... Data internet 3Gb pun dah cukup banyak...kelajuan 1mbps pon dah kira ok dah tu. Tapi sekarang semua dah guna 4G ..lebih pantas dan laju. Mesti kalian nak internet yang Laju dan kuota data banyak . ..lebih-lebih untuk blogger.. 50GB internet sebulan pon tak cukup woo...








Nota:

Go dongle bundle hanya boleh dibeli bersama-sama dengan Super 48 dan Super 68.
Super 48 dan Super 88 tidak tersedia untuk Zoom bundle.

* Huddle XS Super 68 dan Huddle XS Super 88 diberikan percuma dengan syarat kontrak 12 bulan.

# Huddle XS Super 68 dan  Huddle XS Super 88 datang dengan yuran pengaktifan hanya RM 50.

- Syarat-syarat Memohon. Deposit pendatang sebanyak RM 100 dikenakan untuk bukan rakyat Malaysia.

- Daftar sementara stok masih ada.
- tertakluk terma dan syarat.

Keputusan Rasmi JDT VS PKNS FC

Keputusan JDT VS PKNS FC FINAL PIALA FA 2016 || Hari ini perlawanan akhir piala FA 2016 antara JDT Vs PKNS FC pada 14 Mei 2016 . Siaran langsung perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Takzim melawan pasukan Selangor PKNS FC bermula pkul 9:00 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor .


Agak-agak team mana yang menang ye? Kalian sokong yang mana? ... menang kalah adat.. jadi kalah sama-sama..menang sama-sama. Baru betul...  Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 (119) bermula pada seawal jam 8.30 Malam.


LIVE STREAMING ONLINE JDT VS PKNS FC 

Untuk kalian yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online JDT menentang PKNS FC perlawanan akhir piala FA 2016. 
 jdt-vs-pkns Live Streaming JDT Vs PKNS 14.5.2016 Final Piala FA Server 1: TV9



 Jadual Siaran Perlawanan Akhir Piala FA 2016

 Tarikh: 14 Mei 2016 (Sabtu) 
 Masa: 9 : 00 Malam, 
 Siaran Rasmi: Saluran TV9 bermula pada jam 8.30 Malam. 


Keputusan Akhir Perlawanan Akhir Piala FA 2016 

JDT  vs  PKNS FC 
                 2            ;     1  ( 6′ Gabriel Guerra )
 16′ Safiq Rahim (P)
 36′ Pereyra Diaz


Tahniah JDT telah menjuarai Perlawanan akhir Piala FA 2016.. yeyy esok cuti ..

© all rights reserved
made with by templateszoo