Pelakon Suami Tanpa Cinta || Lama rasanya tak tengok drama di Astro . Maklumlah dah penat balik kerja biasanya buat apa yang patut kemudian tidur. Lebih lagi Lisa memang kuat mentido . Baru perasan ada drama terbaru di Astro Ria , Suami Tanpa Cinta yang dilakonkan Mak Jenna (Janna Nick ) dah Shukri Yahaya . Mark Adam pun ada tau .. mesti kelakar .
Adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil Drama bersiri 16 episod itu diterbitkan Pena Creative Picture Sdn Bhd. Mula tayang pada 4 April setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria and Astro Ria HD.
Adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil Drama bersiri 16 episod itu diterbitkan Pena Creative Picture Sdn Bhd. Mula tayang pada 4 April setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria and Astro Ria HD.
Senarai Pelakon Suami Tanpa Cinta
WATAK | PELAKON |
---|---|
Zaidan Iman (Aid) | Shukri Yahaya |
Ain Syifa | Janna Nick |
Alesya | Cristina Suzanee |
Adura | Sarah Hildebrand |
Rafael | Mark Adam |
Rozalinda | Wan Sharmila |
SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA
Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.
Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.
Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.
Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.
Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?
Cerita cinta tapi kelakar ? Macam best je kan drama ini..
Jangan lupa tonton ya di Astro Ria HD
emm baru kenal sikit pasal pelakon baru bernama Janna Nick.. org Utagha rupanya. Lakonan dia pun ok sangat. ..itu je boleh komen sebab tak ikut sangat slot drama tv.
ReplyDeleteMinat betul bila dua pelakon utama ni digandingkan dalam mana-mana drama =)
ReplyDelete