Ad

SENARAI PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER

SENARAI PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER
SENARAI PELAKON CINTA SI WEDDING PLANNER|Macam kalian tahu kan,,sebelum ni drama Akulah Balqis dah berakhir 29 Hb Disember 2015 ,sekarang drama Tv3 slot Akasia yang baru bertajuk Cinta Si Wedding Planner ,gandingan pelakon lelaki yang dah tak asing dimata kalian Adi Putra sebagai Fariz (heroin) dan pelakon Baru Mira Filzah sebagai Zara (Heroin) . Mira dulu blogger juga tau..sama seperti Hanis Zalikha. 


CINTA SI WEDDING PLANNER
EPISOD : 28 Episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd

Senarai Barisan Pelakon Cinta Si Wedding Planner;
Pelakon Watak
Adi Putra Fariz Adryan
Mira FilzahIzara Batrisya
Shiqin Kamal Shira/ Nadia
Fadlan Hazim Bazli
Dian P.RamleePn.Marina
Rosnah JohariMak Lang
Idris MD. DiahPak Lang
Aleza Shadan Pn.Aisyah
Airis YasminNadrah
Wan SharmilaDina
ElvinaDayana
Hanif SafuanHakimi


Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner


Drama Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.
Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.
Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.
Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner
Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz,  Zara tetap menerima pinangan tersebut.
Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.
Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.
Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.
Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama?




5
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo