Ad

Dua Produk Qu Puteh Ditarik Balik dari Pasaran ?

Dua Produk Qu Puteh Ditarik dari Pasaran
Dua Produk Qu Puteh Ditarik Balik dari Pasaran ? || Semalam viral gambar kenyataan rasmi dari KKM , yang menyatakan Qu Puteh tak selamat digunakan dan dilarang dijual di Malaysia. Qu Puteh ? Sabar... bukan semua , tapi lebih ditujukan ke produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) . Sejujurnya Lisa memang tak pernah nampak produk Qu Puteh  , walaupun diiklankan di TV, newspaper, atau billboard .. sebab memang tak berapa minat dengan produk-produk pemutih wajah ni . Tapi kalau Dato' Vida , pengasas Qu Puteh ni memang la tau.. dengan slogan Qu Puteh barulah Putih . 

Semoga lepas ni produk boleh ditambah baikkan dengan mungkin hilangkan merkuri dari dua produk tersebut .  Selain dari Qu Puteh sebenarnya sekarang ni produk kecantikan memang melambak di pasaran , sampai tak tau mana yang betul-betul bagus .  Produk kecantikan rebranding dari luar negara dan jual semula dengan brand kita sendiri . Fuhh.. kena tengok betul-betul kandungan yang boleh dan tak boleh digunakan untuk kesihatan ye. Kalau lawa takpa juga, nanti kalau kena kanser kulit .. muka rosak .. sapa yang rugi ? pengguna juga kan..


KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 
PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL . 


Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik  berikut : 


Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. Pengguna telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut.

BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan. Produk kosmetik tidak boleh mengandungi merkuri kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna digalakkan untuk melapor kepada BPFK mengenai sebarang kesan sampingan atau kesan advers yang dialami apabila mengguna sesuatu produk kosmetik di talian 03-78018496/78835532 atau melalui emel kosmetik@bpfk.gov.my serta mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang segera.



Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6
( Hide )
  1. tapi baguskan positive reflection yg Datuk Vida bg..:)

    ReplyDelete
  2. Ohh ini la produk yg kene tarik tu. Td tgk berita tp terlepas psl apa berkaitan dato vida ni

    ReplyDelete
  3. produk yg ni bru keluar ke dah lame ea?




    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo