Ad

Wish List 2016 , Selamat Tahun Baru !


Assalamualaikum , tinggal beberapa jam lagi dah sampai ke penghujung 2016 . Ramai yang berharap akan ada 2016s (dah macam i-phone pulak ) , Hahhaah... alololo masih tak puas lagi dengan tahun 2016 lah tu , atau mungkin banyak azam yang belum tercapai tahun ini . Bagaimana dengan azam korang ? tercapai atau tidak ? 

Wish List 2016 yang Lisa dah dapat seperti , Dslr , mirrorless sony , Go pro , Lense untuk Dslr , dan cincin . Rasanya banyak lagi yang Lisa dapat.. tapi takpa.. yang lain tu abaikan je dulu.. kang panjang dan bosan pulak entri kali ini . 



1. DSLR 
Lisa pilih jenama canon , alarr.. beli yang 60D jek . Rasanya lepas join group photography cikgu Adhadi lah Lisa betul-betul dah ada kenyakinan diri untuk beli seketul DSLR . Memang sejak dulu lagi nak ada kamera ni , tapi masih confuse memilih nak yang macam mana yang sesuai keperluan Lisa sebagai Media Influencer , and blogger . Mestinya nak gambar yang kebambom ,. yang lawa.. tapi ada kamera kalau takda ilmu pun tak guna juga lah kan . Heww..nasib baik ada group cikgu Adhadi . Terimakasih akak Aena sebab tolong Lisa beli DSLR ni . 



2. Kamera Mirrorless Sony alpha 5100 


Amboih bersungguh taip , Lisa memang dah aim dari tahun lepas lagi ni ha ... memang nak beli sony ni . Sebab Mirrorless kamera ni dia ada LCD sekali , dan boleh flip serta ringan jek . Senang bawa pergi mana-mana dan ada wifi . Penting tu haaa... Tinggal tunggu beli lense yang art 1.4 untuk kamera ni . Harga boleh tahan jugakkkk weii ribu riban lens tu .Kalah harga body a5100 ni . 



3. Go Pro  Hero 4 Black
Berangan nak jadi Vlog kengkonon . Yala sebab go pro ni boleh masuk air . Lisa dah bawa time pergi Desaru berapa bulan lepas. Cantik dan lawa beb gambar dia . Size yang kecik senang bawa pergi mana-mana. Suport video 4K ! mana tak cantik kan. Sekarang tengah berjinak lagi la nak study trick hack guna gopro tu ha . Latest boleh live go pro then connect ke FB ! Gambar lawa ... tak perlu risau tulisan terbalik macam LIVE di FB kebanyakan . 



4. Lens Tamron SP AF 10-24 mm , f /3.5-4.5 DI ii 
Lens untuk canon lisa memang dah beli yang lens canon 50mm stm f/1.8  , memang lawa bokeh dia . Tamron ini pulak untuk gambar landscape . Bokeh tak berapa ada sebab f pun 3.5 juga sebab lens 3rd party . Paham-paham je la.. Kalau nak lawa , guna canon juga.. tapi tengok harga.. gulpp.. 



5. CINCIN 
Yang ni memang lisa tak fikir akan dapat di hari jadi Lisa tahun ni . Yala... sebab gurau je.. rasa nak beli cincin . Tup-tup benar jadi.. ahaks. seketul cincin dah memacak di jari manis Lisa . Cincin tunang ke ? dop aih ... cincin hari jadi. Bertuah kan Lisa ... tahun lepas dapat rantai dan loket , tahun sebelum dapat gelang tangan .. tahun ni dapat cincin ada diamond la kot.. bling bling dan elegant gitu . Terimakasih boss ! 

Alhamdulillah setakat ni wishlist Lisa untuk tahun 2016 dah hampir tercapai semuanya dengan duit dari job Blogger yang Lisa kumpul selama ini. Walaupun azam untuk menikah tahun ni tak tercapai seperti perancangan sebelum ini. Hek hek hek gatai sungguh ,, takpe ..sebab utamakan yang penting dulu . Yang lebih penting tu tak kan Lisa share disini , surprise.. tunggu tahun depan . 

Doakan yang baik.. semoga azam tahun depan dapat tercapai . Insyaallah ..AMIN.
Apa azam korang untuk 2017 nanti ?


Senarai Lokasi Mesin Kiosk Maybank


Assalamualaikum ,, Hai!  tahun ni paling  viral rasanya isu pertukaran kad debit or ATM bank . Kali ni Lisa nak tulis pasal Maybank .Banyak cara untuk tukar kad debit maybank korang , sama ada datang ke bank terdekat dan buat di counter , atau tukar kad bank secara online ( yang ini khusus untuk yang dah daftar M2u sahaja ) , juga korang boleh tukar kad debit tu di Kiosk terdekat . Tapi sayangnya Express Debit Card Replacement Kiosk ni bukan semua tempat ada . Untuk memudahkan .,, Lisa akan share list lokasi Mesin Kad Maybank Kiosk Maybank . 

Senarai Lokasi Kiosk Maybank 


StateMaybank BranchAddress
WilayahKL SentralLot 7, 8 & 9, Departure Hall,Level 1, KL City Air Terminal (KLCAT) KL Sentral 50470 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Main Office1st Floor, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
Jalan Klang LamaNo. 1 & 3, Jalan Desa,Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur
Taman Tun Dr. Ismail2, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Mid ValleyG(E) - 016, Ground Floor,Mid-Valley Megamall,Mid-Valley City, Lingkaran Syed Putra,59200 Kuala Lumpur
KLCCLot C-21-C,Concourse Expansion Suria KLCC, KL City Centre 50088 Kuala Lumpur
Selangor/Negeri SembilanSeremban166-169, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, P.O. Box 163,70720 Seremban Negeri Sembilan
Port Dickson2-G-09 & 2-1-09, Persiaran Waterfront, PD Waterfront,71000 Port Dickson Negeri Sembilan
NilaiPT 7443, Jalan BBN 1/2F Bandar Baru Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan
KajangGround & Mezzanine Floor 28-30, Jalan Tukang,43000 Kajang Selangor
Klang14-22, Jalan Kepayang, Off Jalan Meru,41050 Klang Selangor
Bandar Baru Ampang20G - 28G, Jalan Wawasan 4/5, Bandar Baru Ampang,68000 Ampang Selangor
USJ Subang JayaNo 39, Jln USJ 10/1G,47620 Subang Jaya Selangor
MIB Bandar Baru BangiNo 7 & 9, Jalan 9/9C, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi,43650 Bangi Selangor
The Reef, RawangLot A1, A2 & A3, Jln Reef 1/1, Pusat Perniagaan Reef, 48000 Rawang Selangor.
Aeon Mall Shah AlamG32, 33 & 35, Ground Floor, AEON Shah Alam, Lot 2437,NP 1, Jalan Akuatik 13/64, D'Kayangan Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Pandan IndahL1-03 , L1-06, L2-03, Level 1 & 2, Menara Maxisegar, Jalan Pandan Indah 4/2,Pandan Indah,55100 Kuala Lumpur
Puchong JayaNo. 7, Jalan Kenari 1,Bandar Puchong Jaya, Jalan Puchong,47100 PuchongSelangor
Jalan Klang LamaNo. 1 & 3, Jalan Desa,Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur
Johor/ MelakaJohore Bharu Main106-108, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru,Johor
Batu Pahat32-4, Jalan Rahmat,83000 Batu Pahat, Johor
Muar104, Jalan Abdullah,80400 Muar, Johor
Malacca Main114 & 114A, Graha Peladang, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka,P.O. Box 173, 75730 Melaka
PerakTaiping234-237 Jalan Chung Thye Phin 34000 TaipingPerak
Penang/Kedah/ PerlisAlor Setar Main1535, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Star,P.O. Box 82,05710 Alor Star, Kedah
Penang Main9, Lebuh Union, 10200 Penang,P.O. Box 297, 10730 Penang Pulau Pinang
KangarUpper Grd. Floor, Menara KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar,P.O. Box 38, 01700 Kangar, Perlis
"Pahang/Kelantan
/ T'gganu"Kuala TerengganuNo 92, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu Terengganu
Bukit Ubi61-65, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, P.O. Box 119,25720 Kuantan Pahang
Kota Bharu3880-E, Jalan Mahmood,15200 Kota Bharu,P.O. Box 108,15710 Kota Bharu, Kelantan


Cara untuk tukar kad debit Maybank di kiosk pulak.. korang boleh baca entri kawan lisa DISINI 

Semoga bermanfaat. Dah baca share la untuk kawan korang pula.. hehhe.

Hoodie #kelabbloggerbenashaari Edisi Terhad !


Assalamualaikum !!cakk.. Merah menyala hoodie Lisa . Alarhh sekali sekala takpa kan hehee.  Bukan selalu  upload gambar full macam ni . Sekarang ni Lisa pakai hoodie  Kelab Blogger Ben Ashaari , edisi terhad sahaja  . Jadi kalau korang nak beli memang tak da lagi di pasaran . Kena tunggu open order untuk public la . Nanti Lisa akan bagitau la kalau dah open ... okayh . So.. sekarang ni sila tengok gambar cik Lisa menggayakan hoodie  ni , heehehehe.. 


Ada gaya jadi model tak ? hahaa.
Dah jadi kebiasaan yang  setiap tahun #kelabbloggerbenashaari akan keluarkan design T-shirt terbaru . Lisa ada dekat 10 helai dah Tshirt tu . Macam-macam warna pun ada , yang latest kaler hitam putih dan hitam gold . Kali ini  Kelab Blogger Ben Ashaari buat kelainan pula , Hoodie ! Hoodie ni tak berat dan tak tebal , kain lembut dan memang selesa kalau pakai . Patut pun haritu ternampak blogger lain dekat event FIM Asia Supermoto Championship ,  diorang dah rasmikan dulu.. sob sob..  



Hoodie dari belakang . 



 Hoodie dari depan , KBBA 9 dan Cosmoderm . Smart kan model ni ... ? Eh silap .. smart kan hoodie ni ? Haa ramai yang cakap smart...dan Model nampak hensem gitu . Hahahaha.. Terimakasih untuk Kelab Blogger Ben Ashaari dan Cosmoderm selaku penaja hoodie ni . Tahu je kan sekarang musim tengkujuh ..best best.. sedap pakai .




Kalau korang nak Taja busana pengantin Lisa pun boleh juga.. malah di alu-alukan , takpun make-up ke , Photog ke , bridal ke ? haaahaha (euww perasan sungguh )
Jika berminat untuk iklankan produk korang di blog www.ciksepet.com sila emailkan ke therylisa@gmail.com . Insyaallah berbaloi sebab entri akan kekal di blog ini .. 




XPAX #nokelentong , pelan prepaid celcom terbaru

XPAX #NOKELENTONG ? apa yang tak kelentong tu ha ? Ok la.. baru baru ini tak silap Isnin 19 Disember 2016 , celcom keluarkan pakej celcom prabayar yang baru tak lain tak bukan XPAX #NOKELENTONG . 10GB basic internet , 10 GB facebook dengan data high speed ! woww.. , juga dah takda pecahan data weekday (Isnin-Jumaat ) , weekends ( Sabtu-Ahad ). Pelanggan Magic sim sedia ada , sim tu automatik akan tukar ke pelan celcom yang terbaru ni , xpax #nokelentong .

Harga permulaan RM10.00 dengan kredit didalam sebanyak rm6.00 , untuk customer pengguna celcom prepaid hanya perlu hantar SMS :  MIG XPAX™ to 28882 . This migration process is free of charge.


Kelebihan XPAX #nokelentong : 

1. Free 10 GB Facebook dengan HIGH SPEED juga free basic internet 10GB . 
2. Tiada pecahan data dihujung minggu dan hari biasa . 
3. Yonder Music tanpa had sampai bila-bila. 
4. Paket internet lagi murah , RM30 untuk 5GB dan RM50 untuk 10GB 
5.Unlimited Call *terms and cond aplicablle* 
6. Internet burung hantu boleh add ons 10GB dengan harga RM7 .


Kelemahan XPAX #nokelentong
*. Tiada percuma internet burung hantu ( 1am-7 am ) . Untuk menikmati burung hantu , korang kena langgan . RM1 untuk 1GB , harian , dan rm7 untuk 10GB untuk selama 7 minggu . Harga ini lagi mahal berbanding sebelum ini, pada magic sim dulu.. 10GB add ons burung hantu hanya dengan harga rm5 .
*call rates at 30sen/min,
* SMS rates at 15sen/SMS.


Harga Pakej Internet XPAX #nokelentong :
- Harian
Harga : RM 3 untuk 1GB internet + Yonder Music tanpa had Percuma

-Mingguan :
Harga RM10 , 2GB internet +Yonder Music tanpa had percuma.

-Bulanan
Harga RM30 untuk 5GB internet +Yonder Music Inc. tanpa had percuma.
Harga RM50 untuk 10GB internet + Yonder Music tanpa had percuma .


CARA Aktifkan Pelan Internet XPAX #nokelentong : Hanya perlu mendail *117# dan pilih no 3 .


ADD- ONS  XPAX #nokelentong . 

Seperti yang Lisa dah cakap sedikit banyak diatas tadi , korang boleh tengok pakej detail sepeti bawah ni ha . OK la juga..sesuaikan mana yang korang banyak guna , Sama ada call , internet , burung hantu , atau youtube . Cara aktifkan ADD-Ons xpax #nokelentong :
RM1/ DAILY 
*untuk 1GB Internet burung hantu , hanya dial *118*3*3*1#
*untuk 1GB Facebook , hanya dial *118*3*4*1#
*untuk 1GB youtube , hanya dial *118*3*5*1#
*Unlimited Basic internet , Hanya dial *118*3*6*1#
*Unlimited call to all networks call ,(terhad pada 1 number) , caranya dial *118*3*1*1#

RM7/WEEKLY 

*untuk 10GB Internet burung hantu , hanya dial *118*3*3*2#
*untuk 10GB Facebook , hanya dial *118*3*4*2#
*untuk 10GB youtube , hanya dial *118*3*5*2#
*Unlimited Basic internet , Hanya dial *118*3*6*2#
*Unlimited call to all networks call ,(terhad pada 10 number) , caranya dial *118*3*1*2#




Amacam.. menarik tak ?






Biodata Jaja Iliyes


Comey juga watak adik Khuzairi  , Nadia dalam 7 Hari Mencintaiku . Siapa sebenarnya nadia ? Nadia atau nama sebenar , Jaja Iliyes merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) juga  pelakon baru yang mula berjinak dalam bidang lakonan.. Pelakon ini mula dikenali orang ramai apabila memegang watak sebagai Nadia dalam Drama 7 Hari Mencintaiku.

Biodata Jaja Iliyes DFKL

Nama Penuh: Siti Hajar Iliyes
Nama Panggilan: Jaja Iliyes
Umur: 18 (2016)
Kerjaya: Pelakon
Pencapaian: Finalis DFKL 2016
Drama: 7 Hari Mencintaiku, Meh Sandar Pada Aku
Instagram : @jajailiyes_ 


Gambar Jaja Iliyes 





5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Assalamulaikum , selamat malam ! Ramai yang berkahwin bulan ni kan ? , biasalah musim cuti sekolah memang masa yang sesuai untuk buat kenduri . Hmm.. pernah merisik juga la kalau nak kahwin kena tengok timing , kalau musim tak ramai orang kahwin.. boleh dapat harga lebih murah. Tertanya-tanya juga la macam mana nak cari wedding planner , pelamin , andaman , MUA , Baju pengantin , Katering .. semua tu . haih.. kena cari merata tempat. mesti penat kehulu kehilir .penat !  Ahaaks..  Lisa ada cadangan , apakata korang pergi je Malaysia Wedding Festival (MEFA) yang ke-15 , dan  akan berlangsung dari 23 -25 Disember ini . Lisa pun teruja nak pergi dah ni ..

Malaysia Wedding Festival (MEFA)  adalah anjuran Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd yang merupakan antara penganjur festival perkahwinan terbesar di Malaysia. 

5 sebab kenapa perlu hadir ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember ini 

1. Tiket Masuk PERCUMA .

Korang boleh masuk dalam Malaysia Wedding Festival ini secara percuma tau . Tak rugi kan kalau masuk untuk tengok-tengok dan merisik pakej perkahwinan nanti .



2. Persiapan Perkahwinan Pasti Lengkap hanya di MEFA
MEFA menawarkan lebih daripada 60 vendors perkahwinan dari seluruh Malaysia di dalam satu bumbung. Kalau korang datang sini , mesti tak perlu susah-susah nak kehulu kehilir berbagai negeri untuk pilih dan risik mana vendor untuk meraikan perkawinan nanti . Banyak juga tu , korang boleh pilih andaman , juru gambar , baju pengantin , kad kahwin , videographer , katering dan banyak lagi lah . Risik di Facebook, atau media sosial mesti tak puas kan . di MEFA korang boleh bercakap dan discuss terus dengan pemilik vendor itu . Jimat masa , tak penat , jimat duit , hehehe kehulu kehilir guna duit minyak.. kan ?



3. 100 BOOTH di MEFA 
Disini korang boleh try dan tengok sample untuk katering , pakej photography , aiskrim , makeup artis dan banyak lagi yang berkaitan dengan majlis hari bahagia nanti . Lagi best kan kalau kira rasai sendiri sebelum buat tempahan dengan mereka. Pilihlah mana yang ikut citarasa korang .. hehehe . Rasanya 3 hari tak cukup tu , kena datang awal lah nanti .. baru puas hati kan.. kan...


4. MURAH DAN JIMAT ! Malaysia Wedding Festival (MEFA) tawarkan promosi pakej perkahwinan.
Jika korang buat Tempahan awal pada Jumaat dan Sabtu Sahaja, korang akan  berpeluang menang hadiah iPhone 7, Pakej Bulan Madu ke Maldives dan Krabi . Heii.. mana tau hadiah honeymoon , Jimat poket untuk pakej perkahwinan .. dapat hadiah pulak tu , seronok wooo.. aim percutian ke Maldives pun dah cukup dah .. hhihihi  . Hadiah lain-lain diantaranya : 
💜1000 Goodies Percuma Pengunjung Terawal
💜100+ Booth
💜60+ Vendor
💜Free iPhone Latest Edition
💜Free Honeymoon to Maldives
💜Setiap tempahan dengan mana-mana vendor terkumpul sebanyak RM500, korang layak mendapat peluang CABUTAN BERTUAH bagi memenangi:- Pakej Bulan Madu- Set KecantikanT-Shirt MEFA Limited Edition- Coklat- Barangan Cenderahati

5.Aktiviti menarik akan diadakan di MEFA
Dalam MEFA Disember nanti , korang juga boleh saksikan aktivity menarik seperti : Perarakan pengantin,  pertunjukan Fesyen ,pertandingan melukis Inai  , pertandingan makeup  dan pereka Fesyen . 


LOKASI dan Tarikh Malaysia Wedding Festival (MEFA)

Event: 23-25 DISEMBER 2016
Masa: 10 pagi - 9 malam
Lokasi: Shah Alam Convention Centre



Jangan lepaskan peluang hanya 3 hari sahaja tau ! Untuk info selebihnya korang jangan lupa follow  
Website: www.mefa.my
Facebook: Malaysia Wedding Festival (MEFA)
Instagram: Mefa Pengantin
Pertanyaan: +6012 – 387 1775

SENARAI PENAJA :

Wedding.com.my (Rakan Media)| Majalah Pengantin (Majalah Rasmi) | Bercinta Selepas Nikah (Kerjasama) | Wedding Ministry Kuala Lumpur (Pentas Utama) | Ainuddin Hata (Fotografi Rasmi) | Foto Santai (Photobooth Rasmi) |Honey Vacation | Mega Bridal Creations | Botol Kacang Easy | Yann Rifft | Laman Kayangan | Sweet Pictures | EDM Events & Photography | De Gemilang Catering | KAY Gifts | Shahmie Catering & Event | Kashfi Zulkufli | KRULMATRIC Photography & Videography | Wens | Nana Bridal Boutique & Beauty | Coffee Corner Faizal Azzuri | Maldives4u | Istana Putih By Gee Cantik | Elenore Studio | Tepak Estate Venues & Events

 #malaysiaweddingfestival #MEFA2016 #pameranpengantin #MEFAdis2016








RESEPI Keria Gula Melaka

RESEPI Keria Gula Melaka , 


Rasanya semua orang dah pernah makan kuih keria . Ala yang macam donut tapi dibuat dari ubi keledek . Sebelum ni lisa biasa makan kuih keria yang tak bersalut , dalam erti kosong je . Baru-baru ni viral kuih keria gula Melaka lebih tepatnya keria antarbangsa ,, jadi perbualan hangat di kalangan media sosial . Tempatnya di daerah Melaka , sampai beratur panjang untuk dapatkan kuih ini . Korang boleh tengok live pembuatan kuih keria tersebut . Yang tak bernasib baik , pulang dengan tangan kosong je la . Ramai pelanggan lah katakan , macam pau cendawan tempoh hari tu . Apa kata korang buat sendiri je la kuih keria gula melaka tu , senang pun ye juga .. jimat pun ye juga. JOm baca resipi keria gula melaka yang muda ni . 


Bahan-Bahan untuk Resepi Kuih Keria Gula Melaka : 

500+ gram keledek kaler putih yang telah dikupas kulitnya
3/4 cawan tepung gandum
garam secukupnya
1sudu teh baking powder 

Untuk Sira Gula Melaka
150 gm gula Melaka - hiris nipis
1 cawan air

Cara Memasak : 

1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Masukkan keledek,garam dan air separuh daripada keledek di dalam periuk.Rebus hingga lembut.Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.

2.Gaulkan dengan tepung dan baking powder hingga sebati dan uli menjadi gegelang kecil. 

3. Panaskan minyak , dan goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan. Untuk dapatkan warna sekata, rajin balik-balikkan kuih keria tadi . Angkat dan toskan minyak.

4.Masak bahan salutan gula Melaka + air , hingga mendidih dan pekat.Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

Atas ni resepi orang bujang , kalau nak lebih detail lagi..  korang boleh try masak dengan resepi dari pakcik mat gebuus ni , nah link : 

Biodata Doria Rachel Jolly


Sapa tak kenal si Fatin nama sebenar Doria Rachell Jolly , Bff Seroja Irdina yang memerankan watak blur blur certain things dalam drama Isteri Tuan Ihsan.   Fatin ni dulunya finalis dalam Ikon Siarawan. Jom ketahui sedikit banyak biodata Doria Rachell Jolly pelakon watak Fatin. 


Biodata Doria Rachel Jolly : 

Nama Penuh : DORIA RACHEL JOLLY
Umur: 28 Tahun (2016) 
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Undang - Undang Universiti Hertfordshire, London
Kerjaya : Actor. Host. Emcee

Doria Rachel Jolly ,  menduduki tempat ketiga dan bawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dalam rancangan Ikon Siarawan . Ikon Siarawan merupakan sebuah program realiti terbitan RTM untuk mencari bakat baharu yang berpotensi dan berdaya saing dalam dunia penyiaran.

Gambar Doria Rachel Jolly 






Senarai Pelakon Isteri Tuan Ihsan



Agak terlepas hapdet rasanya , yela..selepas drama Awak Sangat Nakal dah tamat , Lisa memang tak tengok Astro dah .. buzy kerja la katakan . Anyway,,, sekarang bermulalah drama Isteri Tuan Ihsan , gandingan Amyra Rosli dan Aaron Aziz. Best ke ? Katanya lawak ..nampaknya kena tengok dari awal la ni . Hehehe... hari ini dah masuk episode ke 6 . hmmm tak sabar rasanya nak tengok . Pelakon yang lain yang Lisa suka ialah Ungku Ismail Aziz, lama juga dia rehat berlakon .



Senarai Pelakon Isteri Tuan Ihsan 


Ditayangkan di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 , bermula dari Isnin sampai Khamis bermula 10 malam . Agaknya siaplah watak pelakon dalam drama ini ? 


PELAKONWATAK
Aaron Aziz Tuan Ihsan Iskandar
Amyra Rosli Seroja Irdina
Gambit Saifullah Haziq
Qazem Nor Yusri
Ruzana Ibrahim Hanani
Mardiana Alwi Ratna
Nazia Mustafar Pn Maznah
Harris Baba Dr Zaim
Dato Shah Rezza Dr Amin
Abu Bakar Juah Tan Sri Syamsuddin
Doria Rachel Jolly Fatin
Livonia Guing Violet
Awie Sobri Mat Siam
Ungku Ismail Aziz Pak Su

Mungkin korang juga meminati : Biodata Doria Rachel Jolly 

SINOPSIS ISTERI TUAN IHSAN


Seroja Irdina, gadis remaja mebesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan. 

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?
Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Gambar Pelakon 


gambar : Myinfotaip







REVIEW LISA : 
Drama ini kelakar , takde la straight romantik je kan . Nice plot.. but kena khatam sampai abes dulu la baru boleh bagi rating . hehehe. Jangan lupa saksikan malam ini kayyh! 



LAGU TEMA / OST ISTERI TUAN IHSAN
Tajuk Lagu : Bukan Yang Pertama
Penyanyi : Faizal Tahir

Siapa Sebenarnya Buntat ?

Lama pula tak menulis tentang pelakon drama ni . Semalam viral di timeline Facebook dan twitter bercakap pasal "Buntat mati " . Siapa sebenarnya buntat yang disebut-sebut ni ? Buntat ni salah satu watak budak yang tak cukup sifat dalam drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahya , alaarr.. drama pukul 7 petang slot Akasia di TV3 tu .

Watak budak ni dah mati semalam . Buntat sayang dengan Mia (Siti Saleha ) , dan sebab nak selamatkan Mia , Buntat kena tetak kat belakang leher oleh Khalil ( Ex Tunang Mia ) . Dan tak boleh diselamatkan dah malam tu si Buntat meninggal .

 (sedutan drama semalam ) video penuh 

Menangis wei semalam tengok episod 21  . Heart touching sangat... (eh betul ke Lisa eja ni ) . Bermulalah episod 7 Hari Mencintaiku , agak-agak Mia boleh dapatkan sayang dan hati Khuzairi lagi tak ? atau Khuzairi jadi menikah dengan Shakila ? arghh tak sabar pula . Hihi.. 

Biodata watak Buntat pelakon 7 Hari Mencintaiku TV3 

Nama Penuh : Mohd Ariff Abdullah  

Umur : 12 Tahun

Drama : 7 Hari Mencintaiku

Filem : Jibam (2017)

Asal : Jitra Kedah

Pendidikan Terkini: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

Kelas: 6 Teratai (2016)
Dari seorang anak tokey roti canai Pak Mutalib Jitra , kini jadi pelakon..
Mesti ada orang kecam.. rajin tengok drama pukul 7 ni tak reti pergi masjid solat maghrib ke ? haip... sekarang zaman moden ma.. tak semestinya kena tinggal solat. Untuk yang terlepas tengok drama tu boleh je kot tengok dekat tonton.com.my 


Buntat dah takde dalam 7 Hari Mencintaiku 😭  Jangan risau ye .. jumpa buntat di Filem JIBAM pulak nti 2017 


Senarai Pelakon 7 Hari Mencintaiku


Hari ini dah episode last 7 Hari Mencintaiku,  drama Akasia di TV3 . Drama yang mula naik selepas viral di media sosial scene watak Buntat mati sebab nak tolong mia , lepas tu pak Samad marah sampai bergegar video . Hahaha.. adeh .. Selain Siti Saleha dan Shukri Yahaya  , pelakon yang turut terlibat 7 hari mencintaiku antaranya : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Ungku Hariz, Bil Azali, Zulkifli Ismail, Zila Bakarin,  Agak-agak kesudahnya nanti Mia (Siti Saleha ) akan berbaik dengan suaminya Khuzairi tak ? Hahah mungkin yang dah baca novel 7 hari mencintaiku dah tau jawapanya. Mampukah ego menandingi cinta .. Jangan lupa saksikan petang ni di TV3 pukul 6.58 petang .

Senarai Pelakon 7 Hari Mencintaiku



PELAKONWATAK
Shukri Yahaya Khuzairi
Siti Saleha Mia Adriana
Wan Sharmila Sofi
Aman Graseka Pak Samad
Liza abdullah Mak Leha
Idris Md Diah Pak Andak
Anne Abdullah Mak Andak
Rosnah Johari Roziah
Bil Azali Zaidi
Mohd Ariff Buntat (Shahrul)
Syazwan Zulkifly Helmi
Faye Kusairi Syakilla
Ungku Hariz Khalil
Jaja Iliyes Nadia
Zarynn Min Nurul Ain
Zulkifli Ismail Datuk Megat Idrus
Dato Ahmad Fauzee Dato Razman
Shaharuddin Thamby Dato Johari
Datin Ira Ghani Maria
Ben Ryzlan Tan Sri Raziq
Zila Bakarin Datin Hayati
Lia Natalia Zurita
Mak Wan Mak Limah 


SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU

Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali?

Memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Ungku Hariz) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil.

Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Ismail), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.

Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.

Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.

Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.

Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.
Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?

GAMBAR PELAKON
gambar credit :myinfotaip



Review Lisa ;

Pengajaran dari apa yang drama ini cuba sampaikan , kalau berumah tangga jangan duduk sebumbung dengan mertua :D . Heii ni pendapat pribadi Lisa la , walaupun tak semua mertua macam tu . Tapi seeloknya cuba cari rumah sendiri atau sewa rumah sendiri untuk keselesaan kedua belah pihak .

Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

tips hilangkan lingkaran gelap bawah mata
Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata || Ingat lagi dulu Lisa pernah komen di salah satu blog tutorial makeup , then lisa cakap lah bawah mata tu ada lebam hitam ala-ala mata panda tu . Lisa komen tapi dia delete, errrr.. kasar sangat ke ? Ayat sensitip kot bagi perempuan . Satu lagi kes yang banyak Lisa tengok, Hari bersejarah korang bertukar status cik kepada puan mesti 1001 persediaan dilakukan. Maka  bermula lah hari hari tanpa tidur yang cukup. Apa perasaan korang jika tiba-tiba kawan tegur 

“Eh, kenapa nampak muram je? Mata pun sembab lebam je. Tak happy ke nak kahwin?"

Siapa yang tak terkejut if ditanya begitu. Mata tak bermaya. Kusam. Lesu. Sedih kan?

Cara Hilangkan Lebam Bawah Mata 

Nah , kali ini Lisa akan share tips , petua atau cara untuk hilangkan lingkaran gelap , lebam bawah mata dengan mudah dan cepat.

1. Uncang Teh untuk penyejuk mata .

gambar google
Uncang teh yang dah guna tu jangan terus buang ye , sebab boleh gunakan sebagai penyejuk mata . Caranya : Letak uncang teh tersebut kebahagian mata (jangan lupa pejam mata ) , dan biarkan selama 30minit , kemudian bilas dengan air suam . 
Nota; Jangan gunakan uncang teh yang dah campur dengan gula atau susu tau . Nanti lekit dan digigit semut pulak . 

2. Amalkan minum air suam
Yang ini memang korang dah tahu kan , air suam ini memang bagus untuk kesihatan . Amalkan 8 gelas air suam setiap hari untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata .

3. Timun Tomato sebagai Eye Mask
Baik timun atau tomato ini bagus untuk segarkan mata dan hilangkan lebam bawah mata . Caranya : hiris halus timun / tomato dan kemudian letak dimata sampai 30 minit . Terpulang korang nak guna yang mana satu , biasanya Lisa guna timun .

4. Tidur secukupnya 

Yang ini tak perlu dibagitau lagi la kan , memang kalau kurang tidur mata kan jadi lesu , lebam bawah mata, berkedut , dan jadi lingkaran gelap ala-ala mata panda . Semua orang pasti pernah macam ini kan . Jadi sila tidur secukupnya , tak kurang tak berlebihan .



5. Biormist AMEENA KSK III

Memang banyak produk di pasaran , tapi Lisa pilih pakai jenama AMEENA.
AMEENA KSK III adalah produk gabungan formula Jepun dan Malaysia bertaraf antar bangsa . Kandungan bahan unik dan berkualiti juga semula jadi , bukan hanya perempuan sahaja tau.. lelaki pun boleh pakai. Dengan syarat korang berusia 18tahun keatas.


Biormist Ameena ni jenis aqua waterbase sebab tu sejuk dan cepat meresap. Jangan risau , Ameena KSK III ini takda kesan sampingan . Botol yang kecik dan comel mudahkan korang selit dalam beg untuk bawa kemana sahaja . 


Pam sekali saja dan ratakan kebawah mata untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata .

Fungsi Biormist Ameena : 

Garis halus bawah mata atau kedutan ialah tanda awal penuaan , macam mimpi ngeri bagi kaum wanita la . Alhamdulillah Lisa ni takde lagi eyebag dan kedutan bawah mata , bermakna masih dalam zone kanak-kanak remaja gituu.. hehehe.. kan kan kan..! satu lagi masalah, ' Mata sembap'  yang ni biasanya orang yang selalu makeup dan tak bersihkan dengan betul , tak percaya...pi tengok youtuber yang selalu makeup tu . Takpun sebab tak cukup tidur ,nampak lesu dan tak bermaya. Korang jangan risau kalau ada gejala macam diatas tu , garis halus , eyebag , mata sembap.. semua akan settle dengan Ameena. Fungsi Biormist  Ameena :

 -menghilangkan lebam bawah mata , lingkaran hitam bawah mata , garis-garis halus bawah mata , sel kulit mati bawah mata,
 -melancarkan peredaran darah bawah mata , 
-memberikan kulit bawah mata lebih sihat , juga.. memperbaiki sel bawah mata . 



Lisa jenis yang tak ada eyebag , tapi sometimes ada kalau penat atau mengantuk . Tengok la gambar diatas tu .. ni penat dan cuaca panas ketika perjalanan jauh kenduri kahwin kawan kesayangan sorang ni.  


Wajah putih gebu gebas tanpa sebarang eyebag and garisan halus .





Mana tempat untuk beli ? Korang boleh contact je puan Haida : 019-508 1433

Info AMEENA selengkapnya sila layari www.ameenacare.com 





Cara Disable Komen Dalam Instagram



Assalamualaikum , sebelum lisa nak pot pet potpet cerita dalam blog ni , korang dah follow Instagram Lisa ka belum ? Kalau belum .. cepat follow di : @mawar_biru89 . Entah berapa kali update instagram dah , banyak features baru yang ada seperti live atau bahkan boleh disablekan komen .  Serius ? ya... Lisa pun tahu selepas stalk IG king coco (opss tercakap pulak ) , ala.. yang video pelat sebab ramai mix (katanya )  . Puas godeh finally jumpa ,,, ahaks.. Lisa akan share macam mana cara untuk disable-kan komen dalam gambar Instagram .



Cara disable komen instagram

Cara Disable komen dalam Instagram

Cuba tengok gambar awal tadi dan gambar dibawah , nampak tak perbezaannya ? Haa.. gambar awal tadi ada 2 icon sahaja , dan gambar dibawah ni ada 3 icon bawah view insights tu . Oh ya ,,, View insights ni hanya ada jika korang tukar ke instagram bussines profile , untuk standart instagram tiada  ye . Macam mana cara untuk disablekan komen IG ? senang je pun.. meh follow step Lisa . 

1.Upload gambar dalam Instagram korang . 
2. Klik 3 titik disebelah kanan atas ,
3. Kemudian pilih Turn Off Comenting .
4. SIAP !!








Tada... Gambar dalam IG korang akan muncul seperti diatas.

Selamat mencuba,,,, 
© all rights reserved
made with by templateszoo