Ad

Larangan Guna Kertas Bercetak Pula Dah !

Larangan penggunakan kertas bercetak di kangar , Perlis .
 Larangan Guna Kertas Bercetak  Pula Dah ! || Sebelum ni kalian mesti dengar yang di Melaka dah berkuat kuasa larangan guna polystyrene untuk bungkus makanan . Sekarang pula larangan menggunakan kertas bercetak untuk bungkus makanan kalian. Kalau degil guna kertas daur ulang seperti newsppaper peniaga tu akan kena kompaun dari 2,500 sampai ke RM10,000 atau hukuman penjara selama 2 tahun . Habis tu para peniaga nasi lemak nak guna apa untuk bungkus makanan ?  Ada benarnya ... sebab kertas bercetak itu kan terdapat bahan kimia. Belum lagi kita tak tahu bekas newspaper atau surat kabar tu diletakkan di tanah ke tempat kotor. Ha.. kalau terkena kencing tikus atau kotoran cicak macam mana. Belum lagi lipas.. jadi seberapa besar kalian yakin yang kertas tu sihat ? Elak elak esok lusa orang kena kanser. Makanan panas , letak dalam surat kabar lama.. boleh jadi bahan kimia tu akan terserap dalam makanan tu .


Yang Lisa paham disini maksud Larangan menggunakan kertas bercetak sepeti majalah , surat kabar untuk membungkus makanan , ialah seperti pisang goreng panas-panas yang letak dalam surat kabar lama untuk menyerap minyak . Memang la tak boleh .. demi kesihatan kalian juga . Bukan suka-suka Akta ni . Tapi tengok komen-komen nitizen pasal Larangan ini yang berkuat kuasa di Kangar , Perlis bermula 1 Januari 2016  ni mereka ingat tak boleh bungkus makanan seperti nasi lemak guna kertas surat kabar lama ni . Kalau setakat nasi lemak , rasanya tak apa kot .. sebab nasi lemak tu pon letak atas daun dulu baru yang luar dibungkus guna kertas surat kabar. Yang macam ni kena lebih di didetailakn Larangan guna kertas bercetak tu yang macam mana. Rugi la juga nanti surat kabar yang lama-lama tu tak boleh didaur ulang. Nak lebih tahu tanya pada orang yang lebih tau jangan main kondem je sebab tengok dari satu sumber je .

KANGAR 6 Dis. – Pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak seperti akhbar, majalah, risalah dan buku sebagai pembungkus makanan serta penyerap minyak bagi makanan yang dijual, akan dikenakan tindakan undang-undang berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Jafperi Othman berkata, tindakan itu akan diambil di bawah Peraturan 36, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang boleh didenda tidak melebihi RM2,500 atau denda RM10,000 atau dua tahun penjara.

Beliau memberitahu, berdasarkan kajian toksikologi, kertas ber­ce­tak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi punca kanser.

Katanya, hasil maklumat diperoleh, terdapat para peniaga di negeri ini yang masih menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan khususnya untuk tujuan menyerap minyak.

“Perbuatan ini berbahaya kerana boleh menyebabkan keracunan apabila dakwat berpindah ke dalam makanan yang dibungkus kerana boleh mengakibatkan kanser.

“Selain itu, kertas bercetak juga diperbuat daripada bahan kitar semula yang mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kempen terhadap peniaga pasar tani agar tidak menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan di Nat Behor Lateh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Zaini Hussin.

Jabatan Kesihatan negeri sebelum ini melancarkan kempen serupa di Bazar Ramadan Arau pada 19 Jun lalu untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada peniaga.

Jafperi seterusnya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan kuasa pengguna dengan tidak membeli daripada mana-mana peniaga yang membungkus makanan dengan kertas bercetak.

Beliau percaya jika pengguna bersatu, sudah pasti para peniaga yang masih berdegil akan berubah kepada pembungkus makanan alternatif yang lebih selamat.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan akan bersama-sama membuat tinjauan berterusan bagi menyedarkan pengendali makanan tentang bahaya penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.

-sumber : Utusan -



2
( Hide )
  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo