Top Up Telco Kekal GST 6 % || Tak seperti yang korang dengar , yang mana 1 November nanti Topup atau tambah nilai telco untuk pengguna prepaid dah tak da GST . Lepas pembentangan Baget 2016 ,, dan info yang Lisa terima , Topup kekal GST sampai hujung tahun ini. Berhuhuhu lah kita . Tapi nanti mesti ramai orang yang tak nak bayar gst . Haha macam haritu , isu gst dah dihapuskan.. tup tup kabar angin je . Pastu pengguna nak bising kat kedai . Kesian kedai kena bising , walhal orang tengah je pun. Tahun depan 1 Januari 2016 baru tak da gst untuk top up tu . Dan korang yang dah bayar gst tu telah
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan berbincang dengan pihak kepentingan relevan dan memperhalusi mekanisme terbaik bagi pelaksanaan keputusan kerajaan berhubung tambah nilai prabayar telefon bimbit.
"Oleh kerana pelaksanaan mekanisme baharu itu akan hanya bermula pada 1 Januari 2016, buat semantara waktu, sehingga 31 Disember 2015, kaedah sama bagi bayaran GST akan digunakan, iaitu GST sebanyak 6 peratus akan dicaj kepada pengguna," kata Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan susulan pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.
Semasa membentangkan bajet itu, Najib berkata pengguna Malaysia akan dibayar rebat bagi kad prabayar telefon bimbit yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis, 2016.
Mengulas tindakan kalangan anggota Parlimen pembangkang yang membawa poster ke dalam Dewan Rakyat sebagai tanda protes, Salleh berkata tindakan mereka itu "kebudak-budakan dan tidak matang".
"Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada Perdana Menteri tetapi juga tidak menghormati badan agung Parlimen. Kami bukan sahaja perlu mematuhi etika berpakaian di Parlimen tetapi juga dari segi tatalaku. Parlimen tidak patut dijadikan sebagai sarkas," katanya.
-- BERNAMA
huhuhuu gak... www.irrayyan.com
ReplyDeletedah agak dah huhuhuhu..top up kan antara barang yg paling byk org cari..harusla kekal..lalala
ReplyDeletemasih kekal sebab dah beli +0.60
ReplyDelete