Canon Jenama Printer Tahan Lama | Setelah berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun , semalam 4 /09/2015 berakhir sudah hayat si canon 3050 . Printer yang hari hari berjasa dalam memudahkan kerja Lisa selama ini. Memang dah seminggu dua printer ini meragam . Sekejap boleh print dan sekejap keluar tanda pangkah. HUH. Semalam last miit kerja terus tak boleh nak Print. Terbalik kan tunggang langgang ke kanan ke kiri , macam menyelamatkan nyawa orang yang hanyut di sungai . Namun sama sahaja , tak boleh nak print !
Akhirnya sampai ditempat kerja , Lisa bagitahu kepada Boss yang printer ROSAK . Kerana hari ini sabtu , takut nanti tak ada kedai yang buka pula. Mati la nanti nak buat kerja , kena bebel bos bla bla bla.. jadi untuk mengelakkan .. Lisa timing nak balik kerja baru bagitahu. Hehe nasib baik mood dia ok ja hari semalam. Terus dia pergi beli Printer yang baru .
Printer yang menjadi pilihan ,Canon Image Class LBP 6030 . Canon lebih tahan lama berbanding brand HP . Sebab haritu pun pernah beli brand HP , cepat rosak. Kerana kami hari hari menggunakan printer , sebab tu tak tahan kot. Kena cari yang lasak-lasak bukan yang manja-manja. Pendapat pribadi Lisa memang canon lagi senang guna and tahan lama . Pagi-pagi kalut nak pergi ke branch , usung printer yang diletakkan di bonet kereta belakang ( kereta boss Lisa ) , dah jalan 5 minit ,, boleh pula dia tanya Lisa , " wayar ada tak ? " aik.. bukan ke dia beli one set. Memang biasanya dalam kotak ada wayar dan CD sekali kan. Aiyark.,, Dan kami pusing semula .. ke HQ hanya untuk check memastikan yang wayar ada sekali dalam tu . Padahal kalau berhenti sekejap di tepi jalan pun boleh kan . Dah jadi satu hal pula untuk membazirkan masa.
Sampai di branch pula , Buka kotak yang berisi printer baru itu , alamakk... plug wayar tu tak sama saiz normal Malaysia lak. Kena beli universal plug . Terpaksa tutup office semula dan pergi ke kedai lektrik untuk beli universal plug . Tunjuk wayar dan cakap nak beli universal plug , Apex tu jawap tak da jual pulak. Pelik bebenar , kedai lektrik besar tk jual kepala plug universal. Patah balik ke office , ambek universal plug yang rosak.. then tunjuk ke Apex tu. Haa.. baru dia paham benda yang aku maksudkan. Mungkin dia ingat Lisa nak beli wayar macam wayar yang Lisa bawa kot . Haihh bazir masa lagi. Universal plug tu seharga rm4.50 (murah ke mahal ? ) Pasang satu persatu , dan kemudian settle. Nasib baik la toner printer ada dalam tu . Kalau tak ?? hahaha tk tau la nak cakap..

Berpeluh-peluh sebab jalan sana kemari , nasib baik pakai REXONA tuk deodorant takda la ketiak ni lecak basah . Sentiasa kering dan wangi gitu (alamak alih topik pulak ) . Cucuk plug wayar dan kemudian masukkan CD untuk install Driver Canon Image Class LBP 6030 dan sambungkan ke PC . Tekan Next, next dan finish . Tapii... pelik.. tak keluar shortcut Printer Canon tu . Install manual pun sama sahaja . Try google dan download Driver canon LBP 6030 tapi tak berjaya juga . Try ke komputer satu lagi , hasilnya ? SAMA sahaja. Mana yang silapnya ?
Keluarkan CD tu dan kemudian try lagi. Setelah hampir putus asa dan hampir memanggil tehnisen komputer .. akhirnya dapat baca juga CD tu.. Oh.. ternyata kena tekan My computer dan kemudian cari CD room E baru keluar popup untuk install secara mudah . Dan akhirnya .. settle dah untuk install Printer.
Try untuk print paper.. Yes.. boleh dah . Tapi awat blank je ? Tak kan Toner tu tiada Ink didalam . Aduhai dah nak fedup. kemudian letak atas meja.. Nampak tak benda kaler orange tu ? Hahah Silap Lisa lupa tarik keluar plastik orange tu . Patutlah tak ada keluar Ink . Feww.. Nasib baik tak call boss suruh datang bawakan toner printer. Haha kalau tak.. memang dapat free bebelan di pagi hari .
Kalut dengan customer yang dah beratur sampai benda kecil pun lupa nak buat .
Printer dah baru ,, PC pula bila nak baru eh ? Hehe
Baca : Fungsi Printer Yang Anda Tidak Tahu
terbaik....salam perkenalan..
ReplyDelete