Ad

IBUKU DISAHKAN STROKE

stroke
IBUKU DISAHKAN STROKE | Berita yang kurang baik didengar , hari ini aku mendapat kabar ibuku terkena stroke. Lumpuh total , dan sekarang dirawat adik ibuku. Beliau tiada anak , tiada suami hanya tinggal seorang diri dirumah mewahnya . 

Ibu orang yang baik , penyayang dan juga tidak kedekut . Alhamdulillah beliau telah pun bergelar Hajah pada tahun lepas. Namun baru ini dikabarkan beliau terkena stroke , memaksa ibu berehat dirumah . Kenapa aku memanggilnya ibu ? Beliau dah menganggap aku seperti anaknya sendiri , anak angkat dia. Aku pernah dimanjakan , dibelikan apa sahaja apa yang aku nak ketika aku kecil dulu. Ibu merisik hajat kepada MAK aku ( orangtua kandungku ) , ingin mengambil aku sebagai anak . Tapi mak tak bagi,, walaupun aku degil macam mana pun  mak sayang dan tak nak lepaskan aku . Perjuangannya melahirkan aku , memang tidak akan pernah terlupakan . Begitu juga aku , susah senang memang akan bersama mak .. meskipun ketika itu aku hampir mengangguk tanda setuju menjadi anak angkat beliau .
Budak kecil disorong kemewahan , siapa yang tak ingin ?

Bertahun tak jumpa dengan Ibuku , rindu rasa ingin berjumpa . Hari ini bertanya kabar mengenai beliau , tetapi kabar yang kurang menyenangkan yang aku dengar. Semoga ibuku diberikan kesehatan dan diberikan ketabahan. Tunggu  ahad ni, saya akan melawatmu ibu ..

Mak cakap ibu susuanku rindukan aku , katanya dia nak jumpa aku . Ibu susuan yang menjagaku selama 18 hari , selepas dilahirkan didunia . Kerana mak time tu dirawat dihospital. Ramai yang menyayangiku . Dan aku juga mempunyai beberapa keluarga angkat . 4 atau 5 keluarga angkat.. orang yang pernah menjagaku waktu aku kecil.

Sembuhkanlah dan ringankanlah beban untuk Ibu yang terkena stroke. 


8
( Hide )
  1. semoga semuanya baik-baik saja..
    lisa pun kena ler kuat.
    jgn terlalu bersedih.
    sama-sama doa :)

    ReplyDelete
  2. Sbr ye..Ada Hikmah di sblik semua ini..

    ReplyDelete
  3. Semoga tabah hadapi dugaan ini.
    InsyaAllah setiap apa yang berlaku ada hikmah dariNya.

    ReplyDelete
  4. semoga ALLAH permudahkan urusan awak yer.
    btw ,
    hai ! ain datang singgah blog awak .
    .
    rajin rajin lah singgah blog kite yer.

    http://akuainkausiapa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Semoga tabah hadapi ujianNya..
    Yang penting kita bagi dia semangat dan doakan dia selalu...

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo