Ad

JOM BERAMAL BERSAMA #PakCikMisteri

TM kempen #PakCikMisteri , Sabah earthquake Relief Fund
JOM BERAMAL BERSAMA #PAKCIKMISTERI |  Beramal adalah sesuatu yang mulia . Terlebih lagi dibulan Syawal ini. Ingin beramal dengan mudah ? kini TM melakukan kempen beramal bersama #PakCikMisteri. Apa yang misterinya tu ? 

Zura seorang yang kedekut. Setiap kali rakannya minta untuk belanja bayar makanan yang tak seberapa itu , pasti ada sahaja alasan Zura untuk mengelak. Sampai pada malam itu , Beg duit Zura betul-betul hilang . Malam semakin gelap dan dia pun tak tahu bagaimana hendak pulang . Datang seorang #PakcikMisteri yang menolong Zura untuk memanggil teksi dan membayarkan duit tambang itu dengan duit syiling yang pakcik tu ada. "Orang yang susah boleh memberi ,lagikan saya ? " terkedu Zura setelah tahu darimana datangnya duit syiling yang diberikan oleh pakcikmisteri itu.  Siapakah pakcikmisteri yang telah menolong Zura ? Temukan jawapannya dengan menonton di http://tm.com.my/pakcikmisteri .

Tahukah anda, bahwa setiap hari purata manusia akan mengklik sebanyak 478 kali sehari . Jadi kenapa tak menggunakan dengan bijak ? Dengan  " #PakCikMisteri " kalian boleh membantu sesiapa sahaja yang memerlukan . Menderma kepada Pertubuhan Wanita dan; Kesihatan (WAKEI) ,Rumah Kebajikan Anak Yatim dan  Miskin AL-Munirah Pendang ,Kedah,Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Digital TM ) . Klik sahaja dan kita telah menyumbang sebanyak jumlah yang kita klik. Sampai hari ini Lisa dah klik 3atau 4 kali . Bosan tak ada kerja , boleh la luangkan masa untuk beramal dengan kecakapan klik . Bukan hanya menggunakan PC atau Laptop sahaja tau . Tapi menggunakan Smartphone pun boleh tonton dan turut serta #PakCikMisteri bersama-sama untuk beramal. Wah macam mudah bukan ? ya memang mudah.

Caranya : Tonton video dilaman web  http://tm.com.my/pakcikmisteri dan klik sebanyak mungkin ! Klik Anda akan meningkatkan jumlah sumbangan yang TM akan derma. Semakin banyak kalian Klik, semakin besar la jumlah sumbangan kalian.

Setelah kalian Klik, jangan lupa share kepada kawan-kawan , family , rakan kerja , Kolej , melalui laman sosial seperti facebook ,twitter, atau instagram .

Jangan lupa hastag #TMRaya2015 #OrangMemberi #KitaMerasa #PakCikMisteri #AgakAgakBerapa pada pos anda ?



Orang Berbudi , Kita Berbahasa
Orang Memberi , Kita Merasa.
Orang yang susah mampu memberi , apalagi kita ? Klik dan kalian telah menyumbang untuk orang yang memerlukan. Jom klik dan beramal bersama TM melalui kempen #PakCikMisteri  . 


*psttth : jangan lupa tonton dan share. Semakin ramai yang share ,semakin banyak wang yang akan disalurkan . 

15
( Hide )
  1. interaktif, best plk main game smbil menderma ni

    ReplyDelete
  2. Dh tgk iklan pakcik misteri. Pengajarannya: jangan kedekut sangat. Bahagian kita tu mesti ada jugak bahagian orang lain. Lg banyak kita beri sebenarnya lagi banyak kita akan terima.

    ReplyDelete
  3. Sambil beramal kan...bukan susah pun..klik..klik...k.sal pun nak join la nanti...

    ReplyDelete
  4. Wow... mudahnya nak menderma... thanks sharing...

    ReplyDelete
  5. suka tengok iklan pakcik misteri ni.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Mudah je kan...klik pun dah boleh buat amal jariah

    ReplyDelete
  7. terbaik iklan dari TM tahun ni.
    bnyak manfaat iklan nie.
    pakcik ni pun dh trending skang

    ReplyDelete
  8. Macam-macam cara beramal sekarang kan.. kreatif seiring masa

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo