Joging Malam Di Tasik Tapi .. | Kebiasaan orang akan joging dipagi hari , atau petang dalam pukul 5-6 pm. Tapi berbeza dengan orang lain, Lisa dan rakan sekerja berjoging malam hari pulak.Kedengaran pelik untuk beberapa orang namun , ternyata ramai juga orang yang berjoging malam disini. Dataran Tasik Kluang , ya .. Lisa dan rakan sekerja serta boss memilih untuk berjoging disini.Tasik ini telah diubah suai dan hasilnya memang berbeza dari tasik yang sebelum ini. Lebih cantik.
Tasik ini disebelah tepi jalan sahaja , Keselamatan aman sahaja sebab bukan seperti tasik lain yang mungkin relative dengan suasana gelap dan sunyi. Ramai juga orang berjoging disini. Kebanyakan ahboy and ah moi ( orang chinese yang muda ) berjoging disini. Fuh berpeluh-peluh . Ada juga yang melayu, namun mereka bermain roller skate and skyboard di litar yang telah disediakan .
Tasik yang bersih dan memang cantik, ada papan tanda yang mengingatkan berapa ratus meter kalian tela berjalan atau berlari. Namun sayangnya masih ada orang yang tidak berperikemanusiaa , merokok di laluan orang joging , menghalang jalan , dan satu lagi.. masih ada budak-budak berdua-duaan di tempat gelap. Aiyork.. memang la tepi laluan orang jogging tu je , namun tempat tu gelap dan jauh dari orang ramai . Tak percaya ? Zoom je tengok pada gambar diatas. Memang la tak mengganggu tapi tak elok dipandang orang gitu.
Penat selepas jogging 5 KM , haha 5Km je pun tapi oklah berpeluh-peluh.Badan rasa macam dah turun 1kg. hahaha. Dah kurus nak kurus apa lagi ? bukan nak kurus hokay ,, Nak sehat je . Sebab itu lah Lisa nampak muda dari usia sebenar. hehehe
Macam seronok je jogging di tasik kluang, saya tak pernah pergi tasik kluang
ReplyDeleteehehe datang la sini :D
DeleteMacam pernah sampai je sini..tapi bila ya..ermm
ReplyDeletedulu pergi time belum cantik mcm ni
Deletedah gaya laporan majlis daerah je,huhu.tapi cantik~
ReplyDeletehahah lebih kurang :P
Deletejogging malam pun boleh eh? hehe
ReplyDeletesalam..5km Tu brp pusingan ye dik di tasik putih tu?
ReplyDelete