Ad

Suami Sebelah Rumah

DRAMA SUAMI SEBELAH RUMAH , SUAMI SEBELAH RUMAH , SINOPSIS SUAMI SEBELAH RUMAH
Suami Sebelah Rumah | Satu lagi drama yang di tayangkan dilayar TV3 yang diadaptasi dari novel karya Ana Sofiya , Suami Sebelah Rumah . Drama Slot Iris yang ditayangkan TV3 bermula hari ini 2 March 2015 yang bakal bersiaran Isnin -Kamis pukul 6.30 pm .

Drama Suami Sebelah Rumah menampilkan barisan pelakon diantaranya artis handsome " Izzue Islam" dan digandingkan dengan Ayda Jebat , wah mesti best kan lakonan mereka ! excited nak tengok dah . selain itu juga menampilkan lakonan artis yang lain seperti Nazrief Nazri, Zulin Aziz, Sheery Al-Hadad, Hanna Aqella, Ben Amirr, Sheila Mambo.

Watak pelakon dalam drama Suami Sebelah Rumah diantaranya : 

Ayda Jebat sebagai Eryna Hazwan
Izzue Islam sebagai Dr. Amar
Nazrief Nazri sebagai Azlan
Zulin Aziz sebagai Wani
Sheery Al-Hadad sebagai Anis
Hanna Aqella sebagai Iman
Ben Amirr sebagai Ziyad. 

SINOPSIS SUAMIKU SEBELAH RUMAH | :  
Suami Sebelah Rumah mengisahkan Eryna berstatus isteri mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya.

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir. Segala persiapan telah dibuat. Eryna gelabah selepas membaca mesej yang dihantar oleh Azlan.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun..

“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di KL sana” – Eryna

Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” – Amar

Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa.. Eryna perlu buat keputusan!

Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru-hara. Banyak soalan yang dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia!

Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.

“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” – Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Ania arau Doktor Wani yang obsess pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!

Menarik bukan ? jom saksikan petang ini pukul 6.30 Drama slot Iris Suamiku Sebelah Rumah di TV3 . 



1
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo