NANYANG Kopitiam, Tempat Makan Dan Lepak di Kluang | Ahad lepas Lisa ade temu janji dengan klien. Ewah.. macam lah bisnes berjuta-juta . Tak de lah.. ada kerja sikit dengan kawan tu nak kena jumpa . Hehe. Maka kami deal lah berjumpa di Nanyang kopitiam berdekatan dengan Kluang Mall.
Tempat makan ini ada bahagian luar dan dalam , yang bahagian luar tu disediakan mungkin orang nak ambil udara fresh dan juga biasa untuk perokok. Lisa pon memilih duduk di bahagian dalam tempat makan tu , sebab apa ? sebab takperlu hidu bau asap rokok dari customer lain. Pandai tak ? sebab biasanya orang ni mane lah nak fikir perasaan orang yang makan di meja sebelah . Meja disudut bersebelahan dengan cermin ada kosong lagi, pilih je la kat situ. Dengan pantas pekerja di Nanyang Kopitiam memberikan aku buku menu makanan dan juga minuman yang disediakan di restoran itu .
Suasana klasik dengan warna paduan coklat dan putih , diiringi music dan juga disediakan Free WIFI untuk memudahkan customer melayari internet. Berbagai makanan yang disediakan disini seperti roti bakar , kentang goreng , chicken chop.. dan banyak lagi western food . Dan menu pilihan Lisa , Chicken chop Thay Style dengan air Lemon Tea.
Tadaa... Sedap ayam tu , salad yang terbuat dari sayur yang fresh . Dan pastinya .. Air yang memang cukup rasa , tak masam tak manis. Memang terasa lemon disitu. Harga yang ditawarkan pun tidak terlalu mahal. Tiada GST , Service charge baru 5% sahaja. Ok lah tu.. Harga keseluruhan makanan ini hanya rm16 lebih sahaja. Tempat yang stategic dan juga suasana yang tenang . Sesuai untuk lepak dengan kawan atau nak bincang mengenai hal kerja. Restoran ini Halal dan free Pork .
Nanyang Kopitiam , Tempat makan yang sedap dan menarik di Kluang . Jangan lupa singgah dan rasa makanan disini kalau kalian turun di Kluang . Berdepan dengan Kluang mall dan sebelah restoran nanyang ini terdapat sebuah masjid , senang untuk kalian yang beragama islam kalau ingin sembahyang .
Alamat :
Kluang Town 54, Ground Floor, Jalan Ciku, Johor, 86000
Sedap tengok nasi lemak tu..ada sijil HALAL tiada keraguan untuk makan di sana
ReplyDeleteLeh lah banjo macam ni..
ReplyDelete