Ad

Kerabu Daging Lazat Mabeles

Kerabu daging ,tempat makanan sedap di kluang.
Kerabu Daging Lazat Mabeles | Berbeza dari hari cuti sebelum ini yang biasanya akan ku isi dengan tidur ,makan dan tidur..  Activity mengisi cuti hari ini ialah , mengumpulkan semua pakaian yang lama-lama yang dah pakai namun masih elok. Sumbangkan kepada yang memerlukan. Kemudian singgah ke perkampungan orang asli,rilekskan minda. Sekali sekala tukar angin,nak memancing tapi hujan la pulak. Walaupon gigih mencari Line internet namun sayangnya dipedalaman itu memang jauh dari line internet. 

Selepas balik dari meneroka di pelosok perkampungan orang asli, perut pun mula berdendang. Lapar la , singgah la di kedai makan DUANG DEE. Pemilik kedai yang berasal dari kelantan dan menikah dengan orang Thailand memang sedap rasa masakan disini. Pemilik Tempat makan sedap ini.. peramah dan murah senyum. Kali ini aku melirik menu masakan "kerabu", apalagi... Lisa order kerabu daging,sup ayam dan nasi putih. 


Memang mabeles dan lazat rasa kerabu daging tu, daging yang lembut dan juga bahan-bahan secukup rasa. Tak manis dan tak masam sangat juga tak pedas sangat.Perpaduan bawang merah,bawang putih,chili ,serai dan daun limau menyatu memberikan rasa yang melekat dilidah. 
,sedap woo. Teringin nak mencuba buat sendiri selepas ini. Hehehe.. 


Handsome boy yang menemaniku makan,culik sekejap Untuk temankan makan. HEHE.. 


Boleh try makan di kedai ini, murah pun murah. Harga untuk kerabu daging ini rm5.00 sahaja. Murah kan ? Kalau datang Kluang.. boleh cari tempat kedai ini dan try rasa menu kerabu daging. 

5
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo