Yana Samsudin Bernikah 13 Februari 2015 | Yana Samsudin , Artis cantik kelahiran YongPeng - Johor ini telah mengeluarkan kenyataan yang dia akan bernikah bersama pasangannya , Fadzil Zahari adik dari aktor Farid Kamil. Selama ini mereka selalu mengatakan yang mereka berdua hanya sekedar berkawan. Fadzil pernah merisik pada tahun 2010 (gambar diatas ) namun Yana masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, akhirnya lamaran kali kedua pada 14 Disember 2014 dilakukan semula setelah Yana mengumumkan telah bersedia untuk bernikah.
Wah.. tahniah kepada kakYana Samsudin dan juga Fadzil , memang happy dan seronok melihat kalian akhirnya sampai ke jenjang pelamin. Waaupon mereka sendiri selama ini mengatakan yang mereka sekadar berkawan namun tidak menolak jika berjodoh sesama mereka. Menerusi laporan Berita Harian pasangan ini mengesahkan yang mereka bakal bernikah pada13 Februari ini 2015 di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama. Diam diam sudah merancang nikah, bagus! Ibarat " Rahsiakan pertunangan dan Hebahkan Perkahwinan "
“Bila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya
tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan
hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama
angkat kaki kerana terlalu lama menunggu”
“Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu.
Saya tahu selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu
pun saya terima gambar melalui WhatsApp. Macam nak luruh jantung saya!
Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng”
“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam
diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu
buat kejutan kepada saya,” ujarnya.
Tahniah diucapkan buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita
baik ini, semoga hubungan kalian akan kekal sehingga akhir masa. Pasti
meriah majlis kahwin mereka nanti. Nak datang kenduri jugak boleh ? Dekat dah tu dengan rumah saya. Hehe..
No comments
Post a Comment