Kluang Rail Coffee ,Tempat Makan Terkenal di Kluang | Kalau singgah ke mana-mana tempat pastinya akan tercari mana tempat menarik untuk dikunjungi , tempat shoping atau tempat makan yang sedap dan terkenal. Seperti negeri Kelantan yang terkenal dengan Budu, Serawak dengan kek lapis serawak , terengganu dengan keropok lekor , dan Kluang terkenal dengan kedai makan yang menyajikan kopi sedap iaitu dimana lagi kalau bukan Kluang Rail Coffee .
Kluang Rail Coffee dikelola sejak 1938,bertempat di stesen keretapi Kluang. Dan kini telah membuka cawangan dibeberapa negeri lain. Lama juga tu.. Tahun 1938. Makanan yang terkenal antara nasi lemak dan juga roti bakar dan minuman mestilah kopi.
Lisa pula suka makan mee rebus Rail Coffee,Padahal kalau makan dikedai biasa memang tak reti nak makan, tak kena tekak. Mungkin yang membezakan dari kuah tu atau jenis mee yang digunakan. Dan kami berempat gigirls-gegilrs mwmilih menu mee rebus,nasi lemak ayam,roti bakar dan juga mihun goreng.
Sedap hokayh! kenyang pun kenyang
Kuah mee rebus yang pekat dan membezakan dengan mee rebus biasa.Kalau ingin sedap lagi,boleh tambah ayam rendang. Pergh memang sedap la.
Roti bulat bakar,Kaya yang disapukan pada roti ini..Memang special Kaya. Original Kaya yang buat homemade,bukan Kaya di pasaraya. Patut lah sedap..
Berbagai menu pilihan boleh dilihat pada buku menu makanan yang disediakan. Rambang mata dibuatnya,semua sdap sedap.
Lisa dan teh o ais memang tk terpisahkan
. Yang lain tu kawan punya,tak kan lah lisa minum sampai 4 gelas. Boleh kembung jadinya.
Kami mengambil tempat duduk diluar. Best sambil menikmati suasana dan angin luar. Ramai gak abang-abang motor Besar sunggah disini. Moto park di depan.. Haha meriah la kalau diorang berborak. Loghat percakapan Nampak macam bukan orang tempatan.
Di Kluang, lokasi Kluang Rail Coffee dibuka pada 3 tempat yang berbeza.Pertama di station keretapi, kedua di depan parkson Kluang parade..Dan yang baru di area Taman Tasik Kluang . singgah Kluang memang tak lengkap kalau tak mencuba makanan dan minuman di tempat ini.
Terbaek.. :)
ReplyDeleteJemput singgah "Sesi 'tembak menembak'"
ReplyDeleteLike page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
makanan ! sukanyaaa...hehee
ReplyDeletebila nampak entry makanan, terus klik haha. nampak sangat perut tengah lapoo
ReplyDeleteSaya pernah makan roti kaya+mentega kat sini...ke johor sbb jumpa bakal mertua tak jadi..fuhhh..tempat jatuh lagi dikenang..
ReplyDelete7 Sebab Suami Wajib Teman Isteri Semasa Bersalin
yummy yumm
ReplyDelete#visit me on shukranzahari.blogspot.com
#happy blogging