Ad

Wajah Alergik Atau SUNBURN ?

Wajah Alergik ,Sunburn, ruam merah , Chrispy Prawn , Udang , KFC.
Wajah Alergik Atau SUNBURN ?  | Ketika ditempat kerja, pukul 2 petang macam tu lah tiba-tiba tergerak hati nak tengok cermin. Cermin dan perempuan tak terpisahkan . Hehe. .. nak keluar beli makanan untuk Lunch , kena la tengok cermin dulu. Mana tau kang ade taik mata atau airliur basi ketika aku tertidur . OPSS kantoi pulak ,hehe. Dari pagi hingga ke petang takda customer jadi dengan kondisi aku kerja sensorang, siapa yang tak bosan dan mengantuk lah kan. 

Tapi tiba-tiba ada kelainan yang berlaku diwajahku. wajah bertukar menjadi ruam kemerahan , Bagian sebelah dagu ada nampak pink , merah seperti bekas tahan dagu guna tangan ketika duduk. Tapi kalau betul kerana macam tu , kenapa tanda ruam tu tak hilang selepas beberapa jam? Adakah aku alergik dengan udang "Chrispy Prawn "  menu baru dari KFC ? Tapi sebelum ini tak da pulak Lisa alergik dengan makanan laut.

Hari berganti malam , ruam merah masih tak hilang . Yang ada semakin merah lah. SUNBURN ? tapi kenapa hanya kat gadu sahaja ? lagipun Lisa tak ada aktivity yang terdedah dengan matahari secara langsung  Pelik oh pelik. Semalam mengada sangat pakai pelembab sahaja time pergi kerja , tup-tup dah jadi ruam pula.  Petang nanti kalau tak ok juga nak tak nak kena pergi klinik . Sama ade alergic atau ape. 

4
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo