Ad

Tok Guru Nik Abdul Aziz Dirawat Di ICU HUSM

DATUK NIK ABDUL AZIZ DI ICU HUSM , TGNAA di HUSM.
Tok Guru Nik Abdul Aziz  Dirawat Di ICU HUSM |Semalam kawan di whatsapp bagi tau yang  , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikejarkan ke ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana kesihatan yang menurun semenjak banjir dari bulan lepas  . Terus cari kesahihan berita tersebut,yelah.. zaman sekarang ni keyboard warrior pastu share berantai kat whatsapp banyak tanpa tahu kesahihan berita tersebut.  Marilah doakan kesembuhan Tok guru Nik Abdul Aziz, semoga cepat diberikan kesehatan dan kesembuhan.

Sultan Kelantan ,Sultan Muhammad V datang melawat  ditemani Nik Abduh yang juga merupakan anak Datuk Nik Abdul Aziz.

Dipetik dari KOSMO "Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.
Anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata, bekas Menteri Besar Kelantan itu telah dimasukkan ke hospital malam tadi berikutan tahap kesihatannya yang menurun berikutan banjir besar yang melanda Kelantan pada bulan lepas.
"Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Nik Mohamad Abduh yang juga ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau akan memuat naik perkembangan terkini mengenai tahap kesihatan Nik Abdul Aziz dari semasa ke semasa.
" Insya-Allah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang," katanya. - Bernama "

2
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo