Ad

Siakap Bakar Sayur Kailan Sedap

Siakap Bakar Sayur Kailan , tempat makan di KLuang ,Johor . Kedai makan seafood sedap dan murah ,
Siakap Bakar Sayur Kailan Sedap | Ikan siakap, berbagai masakan boleh dimasak dengan berbahankan ikan siakap.Dan ikan Bakar Siakap menjadi menu pilihan ku ketika singgah di kedai makan Sri Tengah Seafood , Kluang . Bertempat di no 25 , Jalan emas,Taman Kluang Jaya , tempat yang strategik dan hidangan yang menggugah selera .

Seekor ikan siakap yang kecil,rm20 manakala yang besar rm23 . Ditemani secawan teh o ais. Nasi putih,sayur kailan, sambal belacan , ikan siakap bakar menggugah selera makanku.. Dari pagi memang tak makan nasi, dan lagi satu Ikan adalah makanan kesukaanku. Makan seorang ke ?Taklah, makan dengan abang aku dan juga wife dia. Walaupun bonus untuk kakitangan kerajaan masih belum keluar lagi , tapi dia belanja aku. Yay.. sekali sekala paw pengantin baru. haha.







Kuah sambal yang dilumurkan diatas Ikan siakap tu memang merbeles. Masam-masam pedas. Kena dengan selera tekak semua orang . Kalau nak satu set untuk family , ada je .Berbagai paket makanan kedai ini sediakan. Tinggal pilih sahaja .Kedai makan yang terletak di tepi jalan ini memang menjadi tempat favorite ku. Sedap, Murah ,Bersih dan juga makanan itu dihidangkan dengan cepat.  Kalau order ikan bakar, tempat bakar ikan tu ada didepan, jadi boleh tengok secara live bagaimana ikan tu dibakar.



Kalau kalian datang Kluang , boleh singgah di kedai makan Sri Tengah Seafood ya . Kedai makan seafood Murah , sedap dan halal.

6
( Hide )
  1. sedapnyaaaa. lapar nih lapar. hehe

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MALAM..RINDUNYA NAK BLOGWALKING....LAMA TAK SINGGAH SINI..
    JOM TERJAH BLOG SYIRA - PENCARIAN SPONSOR :D

    ReplyDelete
  3. nampak sedapppp...terliurrrrr.rasa lapo pulak.hihihi

    ReplyDelete
  4. sedap tu.. bakar kosong lepas tu siran sambal meooooow ^^ meletop letop hehehe.. tak pe cakap kat abang haha.. bonus esok dapatlah =D

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo