Sampah Punca Banjir |Musim hujan sedang berlaku disini, setiap hari pasti akan hujan. Kalau dah hujan, akan berlaku banjir, dan juga berbagai penyakit akan menyerang seperti dengi, demam, cirit birit akibat lingkungan yang kotor. Sampah bersepah juga akan menjadi punca banjir . Ini gmbar ketika pagi, kalau petang.. lagi lah banyak sampah tu.
Tong sampah ada , tapi ada juga orang yang tak paham untuk masukkan sampah itu kedalam tong sampah yang ada. Main letak macam tu sahaja,padahal dalam tu kosong lagi tak ada sampah pon . Majlis perbandaran pun dah bagi secara percuma kepada masing masing kedai untuk letakkan sampah TAPI ?? Kesadaran orang untuk membuang sampah kedalam tong, masih kurang. Tong sampah yang ada ini pun ialah tong sampah milik tmpat kerja Lisa. Mana tong sampah yang lain? SIMPAN??
Dan kerana sikap yang berhati perut dan mementingkan diri sendiri itulah yang membuat air hujan menjadi banjir ! Longkang tersumbat ., air naik dan kemudian jadi banjir.
Nadib baik tempat kena Lisa lebih tinggi, kalau tidak.. hujan turun je mesti air masuk dalam tempat kerja.
Bukan sekali dua nasihatkan mereka tuk buang sampah ke tong ,tapi.. masuk kanan keluar kiri. Tak tahulah nak buat macam mana lagi.
mungkin salah satu punca.. sistem perparitan tersumbat jadi air pun takleh lalu..
ReplyDelete