Ad

Aku Jenis Maintanance Tinggi ?

Aku Jenis Maintanance Tinggi ? Salon murah , kedai gunting rambut di Kluang , WOW Salon.

Aku Jenis Maintanance Tinggi ? | Masa untuk memanjakan diri. Hehe lama tak pergi salon , setahun sekali je pergi. Pukul 11.30 sampai di salon itu, salon tempat biasa aku pergi  iaitu " WOW salon " . Lady boss di wow salon baru menikah Jum'at lepas. Lama juga kot Lisa menjadi pelanggan dia. Dari start dia bekerja dengan orang lain, sampailah dia buka salon sendiri. Biasa kalau masuk salon tu , makan masa 5 sampai 6 jam . Sakit pinggang pon ade, hehe. Wat ape sampai lama sangat ? Macam-macam la . Manjakan diri la katakan .

Dengan berselipar merah aku pergi ke salon itu. Hari ini cepat siap la pulak, datang pukul 11.30 am- dan siap dalam pukul 2.30 petang . 3 Jam sahaja duduk atas kerusi itu. Kalau tak, 6 Jam baru siap. Hari ini ahad tak ramai orang , yela sebab di Johor  , Ahad ni hari bekerja . Jadi bagaikan seorang puteri aku dilayan oleh 3 dayang-dayang yang memanjakan aku. Cewahh.. haha.
OK .. jujur aku tertidur sambil duduk di atas kerusi itu. Dengan muka aku di tutup dengan paper sebab rambut bahagian depan ini nak letak ubat sebelum di Perm ditambah dengan lagu romantik . Tu yang buat aku mengantuk. 2 kali juga lisa tertidur tadi.

Tak tau nak kira mahal ke murah , tapi aku rasa murah dah . RM120 sahaja untuk rawatan rambut hari ini. Fewwwwuuw Rm120 habis selama 3 jam sahaja. Haha. Maintanance tinggi ? dop aih, akn setahun sekali pergi. Bukan tiap-tiap bulan.

Lepas dari gunting rambut ingatkan nak pergi Spa atau facial, tapi tak jadi sebab ade hal yang takleh ditunda. So balik laa. Kalian kalau nak gunting atau rawatan rambut boleh la datang ke WOW Salon , berdekatan dengan UO Kluang . Staff peramah , boss peramah  dan juga harga murah .
1
( Hide )
  1. bhahaha pi salon cuci rambut baru berapa hinggit.. kalo treatment treatment tu la yang mahai hehe

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo