Ad

Tips Berjimat Ketika Melancong

tips untuk berjimat ketika melancong
Tips Berjimat Ketika Melancong | Wanita mana yang tidak teruja melihat baju feshen terkini ,beg tangan dan kasut berbagai warna ketika melancong . Jika makan , menjamu selera dil restoran Popular di destinasi percutian suatu nikmat yang tak dapat dilupakan. Tapi kalian perlu ingat juga, mengawal perbelanjaan ketika melancong adalah penting tau , jangan pulak shoping tak ingat dunia .. lepas balik dari melancong je  berbagai masalah timbul  .Siapa pula yang akan rugi dan sakit kepala jika melihat bil kad kedit dan wang simpanan yang susut .?


Kali ini Mawar akan memberi beberapa tips untuk berjimat ketika melancong : 

1.Jangan Beli Cenderamata berlebihan .
Dimana-mana tempat pelancongan mesti akan banyak kedai yang menjual cenderamata sebagai bukti kalian berkunjung ketempat itu. Dan cenderamata ini dibeli untuk hadiah family atau rakan sekerja. Hurm , sebaiknya kalian elak membeli cenderahati yang mahal .Jika ingin belikan untuk rakan kerja atau family pastikan jumlah yang tidak berlebihan. Kalau nak jimat lagi, beli sahaja barangan yang dibuat oleh penduduk tempatan dipasar atau produk popular seperti kopi tempatan .

2. Guna Pengangkutan awam .
Jika kalian bercuti dengan sekumpulan yang kecil atau tak ramai orang , lebih baik gunakan pengangkutan awam. Selain lebih jimat , kalian juga akan merasai sendiri kehidupan masyarakat tempatan. Tapi.. Jika kalian bercuti dengan family, pengangkutan awam tidak sesuai lebih lagi kalau kalian bawa budak kecil.

3. Menghadkan Makanan Di Restoran . 
Ada baiknya kalian membawa makanan sendiri seperti roti dan susu. Kalian melancong bukan untuk makan, tapi untuk merasai pengalaman tempat lain. Tak salah sesekali makan di restoran , yang penting harga berpautan.

4. Gunakan Wang Tunai. 
Ketika melancong diluar negara, kalau kalian nak jiamt.. better gunakan uang tunai.Sebab  jika kalian menggunakan kad kredit , itu akan membebankan kalian kerna kalian terpaksa akan membayar faedah atau caj yang tinggi. Luar Negara tu,, bukan dalam Malaysia .

5. Jangan Malu Bertanya 
Usah malu bertanya kepada penduduk tempatan untuk tahu latar belakang tempat yang kalian lawati. Mereka boleh menunjukkan tempat yang murah untuk cenderahati , penginapan , dan Makan.

Semoga Bermanfaat untuk kalian yang akan melancong ke Luar Negara ataupun dalam negara.


6
( Hide )
  1. Terkenang pengalaman saya dan kawan ke Jerman beberapa tahun dahulu menghadiri Medica Exhibition di Dusseldorf. Kami berjimat duit makan dengan makan makanan yang disediakan oleh booth pameran. Kebetulan jumpa kawan ketika disana siap dibayarkan tempat penginapan kami.

    Kalau ke tempat orang berbelanja seperti orang kaya memang semput jadinya. :)

    ReplyDelete
  2. salams lisa, akak dtg sini baca tips:)

    ReplyDelete
  3. entri yg baik dan bermanfaat. tq atas pendapat ini... kak memang suka melancong. jemput blogwalking yr..

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo