Ad

Tarikh Pembayaran BR1M 2015

Tarikh Pembayaran BR1M 2015 , BRIM 2015.
 Tarikh Pembayaran BR1M 2015 | Setiap pemohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M )  yang diluluskan , akan mendapat pembayaran secara berperingkat pada  Januari , Mei , Dan September kepada para pemohon baru ataupon penerima sedia ada. Maklumat yang diberikan oleh pemohon baru atau penerima sedia ada akan disemak beberapa agensi yang ditetapkan Kementerian Kewangan Malaysia untuk memastikan malkumat yang diberikan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Untuk Menyemak status permohonan BR1M itu diluluskan atau ditolak , boleh semak DISINI  .
Pembayaran BRIM akan dibuat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini


Pembayaran BR1M 2015 
RM950 
Diberikan kepada mereka yang berpendapatan kasar bulanan   dari rm3,000 kebawah (termasuk warga emas ) . Dibayar sebanyak 3 kali iaitu :
-RM300 : 28 Januari dan 28 Mei

-RM350 : 28 September

RM750
Diberikan kepada mereka yang berpendapatan kasar bulanan dari rm3,001- rm4,000 (termasuk warga emas ) . Dibayar sebanyak 3 kali iaitu :
-RM200 : 28 Januari dan 28 Mei

-RM350 : 28 September

RM350
Diberikan kepada mereka yang merupakan kategori Individu Bujang 21 Tahun Keatas , berpendapatan kasar bulanan RM2,000 kebawah . Dibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015 .


Hubungi Talian Bantuan
Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam maklumat. 



3
( Hide )
  1. Untung lah siapa yang dapat tu. Y__Y

    Salam singgah dari segmen mialiana

    Done following

    http://fadzirazak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tunggu je duit masuk

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo