RESEPI BUBUR JAGUNG & SAGU | Jagung , selain boleh direbus.. jagung juga boleh di masak bubur. Apalagi dipadukan dengan sagu, memang sedap. Bubur boleh dimakan ketika suam , ataupun letak ais ikut kesukaan masing-masing . Tak tahu bagaimana masak bubur jagung sagu ? Jom intai resepi berikut .
BAHAN-BAHAN :
2 batang jagung manis
1/2 cawan sagu
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1/4 sudu kecil garam - secukupnya
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK :
Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak kemudian masukkan semua biji sagu . Masak sampai sagu kembang dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai serta biarkan sampai sejuk .
Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung . Masukkan santan secukupnya , biji jagung , gula melaka , gula pasir secukupnya dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai . Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih , kacau sekali-sekala dan boleh la dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur ni . Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat .
Potong sagu tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur , ikut pada kita nak masukkan berapa banyak ketulan sagu ni ke dalam bubur . Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi . Biarkan bubur masak serta ketulan sagu mesra dengan kuah dan sekali-sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

No comments
Post a Comment