Ad

PETUA MUDAH KEKAL NAMPAK BERSERI

PETUA MUDAH UNTUK KEKAL NAMPAK BERSERI , rahsia kecantikan , cara mudah untuk cantik
PETUA MUDAH KEKAL NAMPAK BERSERI | Menjadi dambaan semua wanita untuk sentiasa nampak berseri dan cantik walau tanpa makeup . Berbagai produk yang berada dipasaran mungkin boleh membantu untuk menyerikan wajah . Akan tetapi apakah kalian terfikir apakesan sampingan kelak jika kalian sudah berusia atau sudah tua ? Kesanpada kulit, kesehatan organ dalaman . Barah mungkin? Oleh kerana itu jom cuba petua-petua mudah berikut ini. 
==========================================


AIR DAUN PEGAGA

Sediakan daun pegaga sebanyak 2 genggam. Bersih dan tumbukkannya sehingga lumat. Perahkan dengan menggunakan sedikit air dan minum perahan air ini 2 atau 4 kali seminggu. Insyaallah tidak akan dimakan usia.

KHASIAT AIR KELAPA TUA
Cuba amalkan membasuh muka menggunakan air kelapa tua ini dan biarkan kering sendiri selama 10 hingga 15 minit. basuh dengan air bersih. Disamping mengawet muda wajah anda ia juga bertindak sebagai moisterizer. Insyaallah

RAHSIA LENDIR DAUN LIDAH BUAYA.
Ambil 1 atau 2 pelepah basuh sehingga bersih kikis lendirnya dan masukkan ke dalam bedak sejuk. Gaul sampai rata dan sapukan ke wajah anda dengan rapi. Ulangi memakainya 2 kali sehari. Insyaallah pasti ada perubahannya

KOBIS, MADU LEBAH PELEMBAB MUKA.
Ambil beberapa daun kobis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kobis dan gaulkan dengan madu lebah tersebut. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu bersihkannya menggunakan kapas lembab dengan lembut. Insyaallah kulit muka anda akan sentiasa lembab dan tegang.

DAUN INAI PENAIK SERI
Ambil segenggam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira 3 cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak 3 kali seminggu. Insyaallah wajah anda akan berseri.

KHASIAT KUNYIT MUDA
Ambil kunyit muda yang segar, bersih dan potong nipis. Jadikannya ulam semasa anda makan nasi. Insyaallah wajah anda akan berseri dan menawan keluarga bahagia.
0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo