Kereta Bertembung Dengan Hilux | Semalam hujan renyai-renyai, balik kerja lambat. dalam pukul 10 malam aku dan kawan baru nak bertolak dari tempat kerja. Dalam 5 minute perjalanan, tiba-tiba kereta bertembung dengan bagian belakang Hilux di corner depan Imperial Hotel .
Kemek bumper depan , Hidung aku terhantuk . Alhamdulillah tak patah lagi
tulang hidung ini, dan kepala masih agak pening . Dalam ati memang
Allah sahaja yang tahu, teringat accident 8tahun lepas yang membuat aku
koma selama 1 minggu dan hampir merengut nyawaku. Unkle cina pemilik
Hilux tu pon turun dengan anak dan bini dia. Aku dan kawan aku turun,
tengok apa yang rosak. Tangan menggigil lagi sebab terkejut . Anak unkel
cina tu nak ambik gambar kereta and plat tapi unkel cina tu tak bagi
anak dia ambek gmabar and kemudian cakap " Dah tak payah ambek gambar ,
tak pe . Awak settle kereta awak , agak teruk tu. kereta saya nanti
saya setle . " Dan kami berterimakasih dengan unkel tu . Unkel tu tolong
kami chek kereta , mesin tak da problem. Bumper sahaja yang kemek dan
jatuh.
Time nak gerak balik, argh ..Bumper dah jatuh teruk. Tayar sangkut kat bumper.kereta tak leh jalan. Lepastu call Boss sebab dia yang paling dekat kat situ. Dan kami tunggu dalam kereta , dalam 10 minute Boss datang .Dekat pukul 11 malam kami baru bertolak balik..
MasyaAllah,,lucky Lisa and kawan tu tak apa2 kan..
ReplyDeletenasib uncle tu baik
ReplyDelete