Ad

Kapten Bola Sepak DIpukul Hingga Mati

Kapten Bola Sepak DIpukul Hingga Mati  | Seorang kapten kelab bola sepak di Argentina dipukul sehingga mati oleh pemain dan penyokong pasukan lawan selepas perlawanan divisyen tiga liga negara itu, kata polis, semalam.

Perlawanan panas membabitkan dua pasukan, Tiro Federal dan Chacarita dari daerah Aimogasta di barat laut Argentina, diberhentikan 10 minit sebelum masa permainan tamat kerana berlaku pergaduhan di antara pemain di atas padang.

Selepas permainan diberhentikan, Franco Nieto, 33, ketua pasukan Tiro Federal diserang oleh beberapa orang "termasuk pemain dari pasukan lawan, pembantu jurulatih dan samseng bola sepak," kata Ketua Polis Daerah, Fabian Bordon kepada stesyen televisyen TN.

"Orang ramai datang untuk menghinanya. Mereka menendang dan menumbuknya. Dia cuba untuk mempertahankan diri tetapi dipukul dengan ganas di bahagian kepala.
"Dia menjalani pembedahan pada Selasa dan meninggal dunia pada hari ini (semalam)," kata anak saudara kepada mangsa, Pablo Nieto.

Keganasan di luar padang bola sepak di Argentina ini bukan baru pertama kali berlaku , malah sudah membawa kepada 15 kematian sejak awal tahun ini, peningkatan tiga kali ganda dalam tempoh yang sama pada 2013, menurut kumpulan bukan kerajaan Salvemos al Futbol. - AFP

Ganas sungguh mereka, andainya berlaku di Malaysia ..apa nak jadi eh ? Kalau di Malaysia para peyokong baling gas, baling mercun. Di luar negara , dok saling bunuh membunuh. 
1
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo