Kutu Beras Dalam Nasi | sebelum ini kes Lisa makan di kedai,nasi ada ulat sayur. Lepas tu nasi goreng ada dawai basuh pinggan,Hari ini pulak ada Kutu Beras Dalam Nasi. Dah tau makanan ada sesuatu tapi kenapa masih makan lagi dikedai tu? Eh .. bukan kedai yang sama. Tiga tiga berlainan kedai . Hurm.. basuh beras tak bersih kot.
Dijadikan cerita ,malam ni aku makan kat kedai makan yang memang sedap menu tomyamnya . Lisa order lah nasi putih,tomyam seafood , dan teh o ais. Sambil tunggu makanan,Lisa layan la instagram. Dan beberapa minute berlalu,makanan pon sampai. Lisa jenis suka ambil gambar makanan. Apalagi,snap la tomyam tu. Upload ke instagram. Lepas tu Lisa godeh-godeh la nasi putih atas pinggan tu. Memang dah jadi kebiasaan selepas kejadian ulat sayur dan dawai tu. Dan..nampak ada lembaga hitam disebalik nasi. Aku angkat naik atas, lepastu letak tepi. Godeh-godeh lagi terjumpa lagi . Baru nak ambil gambar, akak pemilik kedai makan tu memang sedang lalu sebelah kerusi Lisa. Oh lupa nak bagitau..Akak tu memang peramah dan Lisa pon memang ade la 2 @3 kali makan di kedai dia sampai akak tu boleh cam muka Lisa.
Dia : "ada yang tak kena dengan nasi ini ke dik? "
Lisa : " eh..tak ade ape lah kak. "
Dia ; "betul ke ni, cuba akak tengok sekejap nasi tu."
Lisa ; "tak apa lah kak.. tak pe. Dah asingkan .Ada kutu beras je."
Akak; " hurm.. takpe. Akak tukar dengan nasi yang baru ya. Nasi ini ada kutu"
Lisa ; " eh..tak pe lah kak.. " (sambil adegan tarik menarik pinggan ,)
Akak ; "Tak apa.. akak tukar yang baru. Sekejap ya "
Dan dia pon tukar nasi yang baru dan minta maaf atas kejadian tadi.
Serba salah Lisa, huhu ..tapi memang ada kutu. Tak pe lah, semoga lepas ini tak ada lagi kejadian seperti itu.
Dia tahu kot kak lisa blogger..
ReplyDeleteTk tau.. hehhe
Deletebgs la mcm tu.ad rsa tgjwb..ni sy pnh mkn nasi grg ada lalat tp org kdi cme say sorry lgsg xde inisiatif lain
ReplyDeleteWahh siap ade lalat. Huhu
Deletelor..watpe malu..cakap je..takkan lisa nak makan
ReplyDeleteTkyh makan...makan tomyam je. Hehehe
DeleteNasib baik tauke tu baik nak tukarkan dan dia sedar kesilapan dia. Ada tauke buat tak tahu je. Bila minta tukar bagi mcm2 alasan.
ReplyDeletenampak sedap tomyam tu..
ReplyDelete