Pabila Istri Tidak Lagi Dipandang | Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renungkan lah.
Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..
"Saya
ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan
tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan
bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka
tidak pernah komplain tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka
mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali
suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang
isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya
biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang
anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja
biasa saja..
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami
saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih
dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri
seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak
utk anak-anak, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan
setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala
keperluan rumahtangga.
Sepanjang
perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya
memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa
tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk
atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila
dia perlukan saya.
Baru2 ini saya
mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis
tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya
mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa
waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap
hubungan layaknya seorang suami istri.
Bila saya bersemuka dan
bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah
dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu
kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus
terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga
makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik
tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat
saya.
Baginya, dia kadangkala ingin
bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila
berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani
memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik,
perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan
saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat
biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut
pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari,
Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan
berkain batik.
Harihari melihat saya dia
merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula
hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman
wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang
tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai
fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila
bersama wanita tersebut.
Memang saya akur
tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini,
kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak
mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah
hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi
dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita
menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya
telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit
separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan
sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam
untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. "
PS
(Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan
bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian
cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian
dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah
dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
"Bagi
lelaki yg berfikir utk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya
pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah
kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah
keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."
isteri mmg kne jga kecantikan hati dan fizikal.. insyaAllah.. dpt redha Allah dan suami.. cerita yg boleh dijdikan iktibar.. xsemua suami kuat iman nya huhu..
ReplyDeleteinsyaallah..huhu
Deleteermmmm...speechless,tak terpikir kah hati kala bersama teman wanita tentang pengorbanan isteri ,kan bagus kalau berterus terang bgtau isteri,yg awak nampak kurang menarik,mintak isteri berhias tapi dengan teguran dan bahasa yg tidak menyinggung,banyak cara selain mencari wanita lain.
ReplyDeletehurm, lelaki tak sama kak sue ... ni yang tkut ni >.< kadng istri cun macam mne pon masih jugak cari yang lain
Deletehargailah para isteri..kalau nak dapat lawa pun tapi takreti wat kerja rumah..hampeh je
ReplyDeleteLelaki hanya memerlukan sedikit alasan untuk tidak pedulikan isteri..
ReplyDelete