Ad

Nasi Campur Termurah , RM 3 Sahaja !

Nasi Campur Termurah  RM3.00 Sahaja  | Alkisahnya hari ini aku keluar beli makanan dengan akak . Aku memang kurang suka bawa wallet kalau beli makan di gerai makanan , sebab nanti rambang mata nak beli barang-barang lain pulak. Biasalah kan, wanita dengan shoping tak terpisahkan .

Sampai di kedai makan  Abang Man( gerai makanan yang selalu aku singgah ) , macam biasalah aku dan akak aku ambil nasi dan lauk ikut apa yang aku nak makan. Aku ambil 2 bungkus berisi Nasi +Ayam +Sayur + telur mata , dan akak ambil 1 bungkus. Hurm.. Time sampai counter nak bayar makanan, aku seluk poket aku. Aik? yang ada RM1.00 , tadi macam dah bawa rm10.00 tapi rupanya aku tersilap ambil duit , bukan ambil rm10.00 tapi rm1.00 . Muka aku dah cuak dah.. Akak aku pon bawa rm10.00 sahaja.

Adeh, otak jamed dah tak tau nak buat macam mana. Nasi pon dah bungkus.Kak Nor bagi cadangan  Kalau tak cukup pon bayar esok, boleh ke ? Hurm, tak pernah aku berhutang untuk makanan yang aku nak makan. Dan abg Man pemilik kedai makanan itu kira lah nasi itu. Mungkin sebab tengok muka aku yang blurr ataupon dia tadi ternampak aku hanya mengeluarkan rm1.00 sahaja, tetiba abg Man bagitau jumlah yang perlu dibayar untuk 3 bungkus makanan dan teh o ais tu rm10.00 sahaja .Kira 1 bungkus nasi rm3 sahaja. Murah kan !

Aik.. Betul ke ni ? sebab biasa rm4 untuk 1bungkus nasi . Dia ulang semula rm10.00 untuk kesemua makanan dan air tu . Wahh.. beruntung la aku hari ini, kalau tak.. tak tau lah nak buat macam mana.Rezeki aku, lepas ini memang kena tengok betul-betul lah duit yang nak dibawa tu.
15
( Hide )
  1. standard lagi tu harganya.Sama macam kat Macap

    ReplyDelete
  2. wahhh..murahnya..akak cni kalau ambik ayam je terus cecah rm7..

    ReplyDelete
  3. alhmdullilah rezeki..
    heee ayu pon jarang bawak wallet..
    sllu bawak wet je
    penah jadi kadang slh tgk jugak
    nsb tak lari bajet

    ReplyDelete
  4. murah gak. kalau saya pulak sebelum nak beli apa-apa wajib check dompet dulu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalam.. wah murah tu.. alhamdulillah, rezeki.. :)

    ReplyDelete
  7. dia kesian la tu lagipun awak regular cusromer dia. Salam singgah...

    ReplyDelete
  8. murah rezeki kan..

    Bro pernah g mamak.. cuak gak muka.. xcukup 20sen.. selamat dia cakap halal je he...23x

    Baru2 nie pernah kena.. beli nasi lemak.. 3 bungkus.. bajet dalam poket banyak duit.. sekali xcukup... so kutip duit syiling dalam kereta.. Selamat ada

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.... murah rezeki.... murah sangat tu rm3... hehe...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... akak pernah naik bas dr asrama di Penang, sampai kedai mkn lapar, tapi masa tu seluk2 poket sesen pun xde gelabah giler... lastly agaknya makcik tu kesian agaknya, dia ckp, nak ambillah apa je mkn. sedih lak bila teringat balik... dlm susah ada rahmat dan kasih sayang Allah untuk kita hambanya... :'(

    ReplyDelete
  11. Salam kenal..hi dear..
    Itu namanye rezeki..alhamdulillah

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo