Ad

Apabila Bakal Bertiga

Apabila Bakal Bertiga | Bertiga, bukan bermadu ye.. bukan kayu tiga juga. Bakal bertiga dalam arti , akan mendapat cahaya mata atau anak  bagi sepasang suami istri yang mengarungi alam pernikahan . Entri kali ini Lisa ingin berkongi panduan buat bakal ibu dan bapa . Bagi pasangan yang bakal menerima cahaya mata  pertama pastinya amat menguja perasaan ,waktu ini juga amat penting untuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh supaya kewangan yang biasanya untuk berdua ,lagi sembilan bulan perlu menanpung bertiga.

1.Berbincang Bersama suami istri 
Tanggung jawap menimang cahaya mata sangat besar, bukan sahaja perbelanjaan m tetapi juga perancangan ibu bapa dalam gaya yang mungkin akan mengubah status kewangan . contoh , adakah kalian berdua akan bekerja sepertu sebelum ini atau salah satu akan berhenti kerja? mampukah pendapatan seorang menampung keluarga bertiga?
berbincang terlebih awal isu kewangan kini dan masa depan supaya tiada isu mengejutkan timbul disaat si kecil itu lahir.

2. Berbelanja berpada-pada. 
Yang ni,, jangan jadikan menyambut ahli keluarga yang baru sebagai alasan untuk berbelanja sakan. Perlu diingat ,membeli apa yang tak perlu diluar kemampuan akan menyulitkan kewangan lebih-lebih lagi pabila sikecil itu lahir.

3.Tabung kecemasan pertama . 
Tabung ini penting untuk semua bukan sahaja untuk kedua ibu bapa.Apabila bertiga, kebarangkalian berlaku kecemasan akan bertambah . pastikan tabung kecemasan untuk menampung ahli keluarga bertiga cukup perbelanjaan sarahidup antara t3-6 bulan sekiranya punca pendapatan terhenti. Sedia payung sebelum hujan . Berjimat cermat. Ok.

4.Dapatkan insuran hayat 
Malang tidak berbau , sekiranya anda sebagai penaja pendapatan keluarga meninggal dunia , insurans hayat dapat membantu menampung mengekalkan taraf hidup yang tersayang kelak mereka ditinggalkan.

5.Senarai permintaan 
Walaupon senarai impian sering dikaitkan dengan budaya barat kini ada juga masyarakat yang mengamalkan . Sesuatu yang baik dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.Dalam senarai tersebut,terdapat barangan yang sangat diperlukan oleh ibu danbapa . Senarai ini mampu membantu ibu bapa baru dalam mendapatkan barangan yang diperlukan disamping membantu kenalan dan keluarga mengetahui apa yang diperlukan.

Menyambut cahaya mata memang suatu yang dinantikan dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Dalam pada itu ,jadikan penambahan ahli keluarga ini sebagai satu motivasi untuk memperkukuh lagi keadaan kewangan kalian. Semoga tips ini bermanfaat untuk kalian yang akan menimang cahaya mata.

Sumber : Majalah Metro ,June 2013


3
( Hide )
  1. saat yg dinanti bg semua pasangan, zuriat penambah bahagia rasa dlm sebuah kehidupan berkeluarga.

    ReplyDelete
  2. Gaya macam dah bersedia je? Bila nie he..23x

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo