Ad

SIMCARD CELCOM 1 MALAYSIA LIMITED EDITION


 Simcard Internet pra-bayar atau prepaid celcom 1 MALAYSIA PACK  adalah simcard prepaid yang menawarkan pelan internet termurah dengan melanggan internet bulanan hanya rm25 sahaja ! Simcard ini merupakan sim Limited edition sebab 1 IC hanya boleh mendaftar 1 Sim sahaja dan bukan semua tempat menjual simcard ini.

 Murah tu... call 1000 minute hanya rm1 sahaja !




 








Berminat ? nak beli ?
 boleh pm di facebook saya :) mawar biru 

Ku sayang kucing tapi ,


Mencintai tak semestinya harus memiliki dan mencintai tak selalunya harus hidup bersama . Mencintai ialah memberikan kebebasan untuk yang kita sayangi , membiarkan dia hidup bebas tanpa kongkongan untuk mencari kebahagiaan yang diinginkan .Bukan ku membenci, bukan ku tak suka tapi aku tak mampu menahan derita kehilangan untuk kali yang kedua. Dulu ku pernah memilikinya ,dulu ku pernah hidup bersamanya akan tetapi ALLAH lebih sayangkan dia . 




 Dulu semasa usiaku mencecah 15tahun , aku mempunyai seekor kucing yang diberikan oleh ibu yang menjagaku semasa aku kecil ketika ayah dan mak bekerja . Kucing tu berjantina lelaki, kaler hitam, ekor panjang ,dan dibahagian kaki dan dada berbulu putih. Hampir 3tahun aku membela kucing itu. Dari makan, tidur, buat homework .si Hitam selalu menemaniku. Maklumlah sebab aku duduk seorang je , mak ayah masa tu busy   kerja .Si Hitam lah yang menjadi peneman dikala aku bahagia, sedih. 
Tapi,, semuanya hilang sekerlip mata. Anak jiran yang usianya setahun lebih tua dari aku, dia takut kucing . Dan pada hari itu ayah jiran memberi makan kucing-ku , sepotong ayam yang telah dibubuh dengan racun . Sampai dirumah, si Hitam terbaring lemas. Aku tau ada yang tak kena dengan Hitam. Ku dukung Hitam dengan tangisan tak henti mengalir. Terlihat buih terkeluar dari mulut si Hitam . Ku suapkan susu pada mulut si Hitam , berharap racun tu boleh tawar dan Hitam boleh terselamat . Namun tubuh Hitam dah tak mampu menerima susu itu. Ketika itu... aku hanya mampu redha dengan apa yang akan berlaku.
3 pm,, tangan dan kaki si Hitam mula terbujur kaku. dan badan dia sedikit demi sedikit kaku. Ku renung mata si Hitam..Kurasakan dia sedang sakaratul, dia sedang sakit. Dia tak nak mati. Sedih , Kasihan . Akhirnya si Hitam melelapkan mata untuk selama-lamanya dalam pangkuan dan dekapanku .
Tangisan tak terhenti, air mata tak berbendung lagi. Allah saja yang tau perasaan ku ketika itu. Aku meraung , menangis , kecewa dengan apa yang jiran buat terhadap kucingku .
Mak cakap,, redha kan kepergian kucing tu. Allah lebih sayang kucing tu. Ku belikan kain kaffan , aku kuburkan di depan rumahku. Dan berdoa semoga Hitam damai disana.

Selepas pemergian si Hitam , aku tak nak bela kucing . Sebab aku tak nak kehilangan untuk kali ke dua. Kalau aku nampak kucing di jalan atau di kedai mamak belakang, aku akan bagi kucing tu makan. Tapi aku tak kan bela kucing tu , Bagiku.. Mencintai tak harus memiliki. Kusayang kucing tak semestinya aku harus hidup bersama dengan kucing . Biarlah kucing tu hidup bebas asalkan bahagia, bukang hidup dalam sangkar emas tapi terasa terkongkong .

Holiday at MEDAN

Heyyy....
kali ini Lisa ingin throwback story pasal Holiday di Indonesia  ,nama tempat itu 

"MEDAN"
  13 April 2012- 16 April 2013 CELCOM mengadakan holiday trip ke "MEDAN LAKE TOBA " Dan saya ikut trip tu. Free .. Celcom yang sponsor sebab hit target yang diberikan . 

Memang tempat yang ingin Lisa kunjungi dari masa kecik dulu sebab teruja ada Pulau ditengah Danau.
Ha.. can u wonder it ? kalau dengar story je,memang tak boleh nak bayangkan.. so kena datang lah kat sana. Lake Toba Medan.. memang wonderfull place :)






nak share gambar .. time holiday kat DANAU TOBA --Medan...
HEHEHE...
tempat itu..so beautifull



                                                                Disini tempat kami menginap , villa SAMOSIR. Best ade swimming pool tapi sayang saya tak reti berenang heheh.. lagi pun cuaca disana sejuk . 









Contest STYLE YOUR BAWAL by ZazaScraft

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk para pembaca .
Pada 24 Januari 2014 hee.. Lisa  join untuk menjadi contestan STYLE YOUR BAWAL by ZazaScraft  yang diadakan bermula  22Januari-31Januari 2014 dan keputusan diambil pada 1 Januari 10:00 Pm. Saya menjadi peserta yang ke -36  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=731686676842552&set=a.730644166946803.1073741851.299658663
 *sila rujuk link


Dan alhamdulillah  pada 10:48 PM pemilik ZazaSracft memberikan ucapan tahniah kepada Saya sebab  menjadi pemenang contest STYLE YOUR BAWAL by ZazaScraft dengan undian terbanyak iaitu 2,346 like .
https://www.facebook.com/ZazaScarff/posts/612871972101030?stream_ref=10

Beribu-ribu dan berjuta-juta terimakaseh kepada yang tolong LIKE pic saya sehingga menang di contest itu ^_^ 

Nah.. sedikit tutorial cara memakai tudung macam dalam pic contest tu .
*jangan lupa subcribe ya . =p


https://www.youtube.com/watch?v=EJdQ2ErCd2U




Airmata





Ada ketika airmata itu hilang upaya untuk pergi
biar kita cuba sapu tangan kan ia berulang ulang kali
sejujurnya kita ini lahir dari peluh dan jerih cinta
tapi bila di biarkan berkelana sendirian cuma
airmata ialah jasad dan hukum kita pada rasa
mahu mati, belum pula sampai ajalnya.
© all rights reserved
made with by templateszoo