tadaaaa...
Tudiaaa.. kasut gojes milik saya ! (gojes lah sangat -.- " )
Kasut yang saya pakai time Raya tahun ni. Beli 2 hari sebelum raya bertemankan encik2 Bodyguards ( My Fisrt BRO and My 3rd Bro ) dengan membodek2 sikit minta dibelikan tudung . Haha..
Kasut ni saya beli di Kluang Mall je , Tak mampu nak beli Brand Mahal ! sebab menurut Lisa, kasut yang cantik tu tak semestinya MAHAL ! Lisa beli murah je.. rm75 je . Kasut kaler hitam , saiz 4 tinggi 4.5 inchi . Tinggi kan ...? Lisa memang suka pakai kasut tinggi. Tapi tak hari2 memakai kasut tinggi lah , sebab selalu memakai kasut tinggi boleh menyebabkan Kanser Kaki. (orang cakap macam tu lah )
Gojes,Cantik , And comel je kaki Lisa pakai kasut tu. Lisa memang memilih yang jenis ada tali dipergelangan kaki tu sebab :
1. tak cepat penat sebab nak stabilkan badan dengan menumpukan berat badan kita di kaki
2. sebab Kasut kan jenis yang semakin lama pakai semakin besar, kalau dah besar,takde Tali kat pergelangan kaki tu .. kita jadi susah time jalan. Saiz kasut dah kembang dan kita nak jalan pon kena control untuk menstabilkan berat badan kita. Elak terjatuh time pakai kasut nanti jadi Malu and kalau teruk.
boleh bengkak !
Tips memilih kasut High Heels :
1. Pilih sesuai saiz kaki anda
Jangan memilih saiz besar dengan harapan kelak boleh pakai lama, tapi semua itu salah ! yang akan terjadi ialah kalian tidak akan selesa memakai kasut itu ketika berjalan .
Jangan memilih kasut saiz lebih kecik dari ukuran kaki anda sebab itu hanya akan menyeksa kaki kalian , dan akan membuat kaki kalian luka .
2.Pilih yang berkualitas baik .
Kualitas baik tak semestinya MAHAL, yang sesuai dengan poket kita pon ada. Pandai-pandailah survei dalam mall . Memang Ada. Jadi tak perlu membazir sangat lah. Tapi kalau Kalian suka barang Branded ,, beli je kalau kalian Mampu. Kualiti bahan pon kita kena tengok juga, cari bahan kasut yang soft and nyaman untuk kaki kita . Mybe ade kalian yang mempunyai kaki sensitif terhadap bahan kasut.
3. Belajar pakai kasut tinggi sebelum memakainya.
Kalau kalian tak pandai nak pakai high heels kalian kena belajar dulu, sebab jangan seksa kaki kalian hanya untuk nampak cantik atau "TINGGI" . Hindari memakai high heels dalam majlis2 penting jika anda tak pernah memakai heels ,takut time tengah berjalan nanti kain terpijak kasut. time tu anda Jatuh! FUHHH memang malu . Kaki pon boleh bengkak dan tak boleh berjalan .
4. Sesuaikan kaler Kasut dengan kulit warna kita atau baju kita .
Itu sahaja yang Lisa nak kongsikan dengan kalian. Pilih High Heels sesuai pilihan hati kalian ( macam memilih pasangan hidup pulak )
Kasut high heels semua cuns tapi saya tak reti pakai huu
ReplyDeletehehhehe... ,mula2 memang susah tapi lama2 ok je dear. mulakan kasut tumit yang tak terlalu tinggi dlu... nti dah pandai.. baru leh pkai kasut tumit tinggi
ReplyDelete"kasut terpijak kain" baru betul. wkwk comel je ayat dia kain terpijak kasut. >_<
ReplyDeleteCo cweet...☺️
ReplyDeleteCo cweet...☺️
ReplyDelete