Ad

Cerita Balqis , part 1


Namaku , Balqis Binti Isa . Orang memanggilku , Qis . Aku dilahirkan dari keluarga yang cukup berada masa itu . Aku anak bongsu dari 3 bersaudara . Ketika aku lahir , kakak dan Abang aku bekerja diluar kawasan daerah . Satu tahun sekali baru aku dapat jumpa dengan mereka . Mak saya , seorang wanita yang bekerjaya . Hari-hariku dibesarkan oleh pengasuh dan bermain-main dengan pekerja Mak . Ibuku pergi kerja jumpa klien dia yang berada dijauh sana.. memerlukan masa 2 /3 jam dari rumah , pagi subuh dia dah keluar rumah . Ketika itu aku masih terlelap lena dengan tidurku . Dan MAk pulang ketika aku tertidur sebab menunggunya . Ayah ku , bekerja diperantauan . 1 bulan sekali balik . Abangku kerja satu tempat dengan ayah. Kakak ku .. hurm, dia dah kawen dah dan duduk ikut suami dia .

Masa kecilku berlalu dengan pengasuh dan pekerja2 Mak . Tapi aku selalu rasa sunyi , dan rasa kurang kasih sayang dari family . Ye lah , kanak-kanak mana tau lagi pasal membanting tulang . Yang kanak-kanak tau .. Main , Mak, Ayah,Family .. kebersamaan . Masa itu aku terfikir adakah Mak , Ayah dan Kakak serta Abang tak sayang aku ke ? kenapa mereka meninggalkan aku berseorangan dirumah setiap hari . Walaupon pengasuhku baik dan ada anak dari pengasuhku itu yang berumur 1 tahun lebih tua dari aku sebagai teman bermain aku , tapi aku rasa ada yang kurang . Aku tak bahagia . Makanan sedap , TV , Kemewahan , semua aku dapat . Tapi bukan semua itu yang aku nak , aku nak hangatnya kasih sayang seorang Mak dan Ayah serta family yang lengkap . Aku tak benci dengan mereka, hanya terkadang rasa kecik hati . blockquote>

Aku paling suka kalau aku sakit atau ketika aku Demam , kerna masa itu lah Mak ade bersama ku . Ayah pon selalu telpon untuk memastikan yang aku dah makan ubat dan berangsur pulih.Kalau tak sembuh jugak , ayah akan balik dan menjaga aku dengan Mak ! happy dan seronok teramat sangat masa itu . Mak akan membawa aku pergi mana-mana saja yang aku minta . Atau jika Mak memang tak boleh tinggalkan kerja ,Mak akan bawa aku pergi Kerja ! Yeah.. disitu aku dapat banyak kawan. Anak-anak dari Boss-boss yang kebanyakan berbangsa chinese. Memang sungguh menyeronokkan sebab dapat ramai kawan .

****

Umurku dah mendekati 5tahun , jiran sebelahku adalah seorang cikgu tadika . Aku cakap dengan Mak yang aku nak sekolah tadika . Mak cakap aku belum cukup umur , tapi aku paksa mak untuk bagi aku sekolah tadika . Aku pujuk ayah jugak , dan akhirnya mereka memmberiku ijin untuk sekolah . Aku berlari kegirangan !! selepas ni aku tak de lah nak rasa bosan lagi.

Aku pergi sekolah dengan cikgu , nama dia cikgu Yati . Dah kawen, ada 2 orang anak. anak yang bongsu 1 tahun lagi muda dari aku . Mak pon dah tak selalu pergi subuh sebab kadang aku mengada minta Mak antar aku pergi sekolah . Kalau mak antar aku pergi sekolah , Aku dan Mak sarapan sama-sama . Mak akan suapkan aku , ketika itu dapatlah jugak aku rasa kehangatan kasih sayang seorang MAK .

1 Tahun berlalu , masa untuk para kanak-kanak tadika umur 6 tahun untuk menamatkan belajar . AKU ? eh, usia aku 5 tahun saja , dan aku pergi sekolah pon sebab nak bermain dengan kanak-kanak yang lain. Bukan sebab nak dapatkan sijil untuk Masuk sekolah derajah . Tapi cikgu aku , dia cakap dengan Mak yang aku kalau nak lanjutkan ke sekolah darjah 1 pon dah boleh . Setelah beberapa hari berfikir.. akhirnya mak memasukkan aku ke sekolah Darjah 1 . ***

*bersambung.................
© all rights reserved
made with by templateszoo