Ad

pernikahan sebagai suatu ibadah

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”
Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”



Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi, “Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”
Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.
mmg sukar mencari itu..meski org sering menuduh wanita begini memilih..tp memilih itu mmg perlu. kita bukan mahu hidup sekejap dgn org tu. tp sehingga ke tua. ada juga yg sering tuduh wanita seperti ini tidak kemas, tidak tahu berhias, tidak ramai kawan, perangai buruk dll..tapi bagaimana pula jika wanita itu soerang yg kemas, ramai kawan (tapi tidak bersosial lebih), tahu asas seorang wanita (masak, kemas) namun masih gagal menemukan. soalnya hanya lah Jodoh dari Allah itu mungkin belum tiba.
Pada pendapat saya, jika byk kelemahan telah cuba d atasi, namun sukar juga, langkah terakhir adalah bykkn berdoa supaya ditemukan dgn yang mampu bimbingnya. Usaha sndiri itu perlu juga, namun jika sering gagal, pada siapakah lagi yang boleh kite minta pertolongan selain dari-Nya

Sesunguhnya!… ingin menemui INSAN yang MULIA disisi ALLAH pada ketika ini amat sukar baik LELAKI mahupun WANITA!… apa yang realitynya adalah!… DARJAT memilih darjat, ILMU memilih ilmu dan yang JAHIL tetap hanyut bersama jahil!… dalam hidup saya belum pernah saya melihat seorang yang bergelar USTAZ atau USTAZAH berkahwin dengan seorang yang JAHIL dari segi AGAMA!… ” Maaf seandainya ada menyingung perasaan sesiapa!…..
Pada awalnya semua org bangga dgn pilihannya. Tapi pada akhirnya tidak semua org setia pada pilihannya.Saat ia sadar bahwa yg dipilih mungkin tak sepenuhnya seperti yg diimpikannya. Kerna yg tersulit dlm hidup ini bukanlah memilih tapi bertahan pada pilihan. sedikit waktu mungkin sudah bisa menentukan pilihan tapi tuk bertahan bisa me…nghabiskan sisa usiamu.. disinilah wanita yang disakiti karena lelaki mencari kepuasan nafsu walau itu sdh tau haram…. tak punya hatikah kaum laki-laki itu.Sumber: Muslimah, Bil. 228, Safar – Rabiul Awal 1432
0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo