Ad

Doa ku,,,

 ya ALLAH
sesungguhnya aku memohon iman yang sempurna, keyakinan yang benar, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir (mengingatiMU) dan rezeki yang halal lagi baik, taubat yang sebenar-benarnya dan taubat sebelum mati.

Ya ALLAH
berikanlah aku kerihatan di alam barzakh (selepas mati) dan pengampunan serta rahmat di alam baqa', kurniakanlah aku pengampunan dan keringan ketika hisab di Padang Mahsyar.

Ya ALLAH
wahai Tuhan yang Maha Mengasihani, anugerahkanlah aku kejayaan dan kebahagian dengan memasuki syurgaMu dan keselamatan daripada api neraka dengan rahmatMU yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.

Ya ALLAH
yang Maha Pemurah, tambahkanlah aku ilmu dan masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yang soleh/solehah.
2
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo