Ad

Sedap Tak Spicy Korean Burger McDonald's ?

Sedap Tak Spicy Korean Burger McDonald's ?

Spicy Korean Burger McDonald's

Korang pernah dengar nama ramen korea yang pedas meletop tu ?  alaa... yang pernah viral beberapa bulan dulu.. McD pula ada menu baru iaitu Spicy Korean Burger McDonald's  ,.. rasa sama pedas dengan maggi ramen tu ke ? tengok iklan macam gempak je .. sampai menangis-nangis sebab pedas. So malam tadi Lisa cuba juga ler... agak-agak sedap tak spicy korean burger mcdonalds tu ?


Sedap Tak Spicy Korean Burger McDonald's ? 

Spicy Korean Burger McDonald's ,  dari bentuk pun dah lain.. roti warna hitam , limpahan keju , dilengkapi dengan daging burger marvelous .... ehh macam iklan pulak .. Nampak menyelerakan kalau tengok gambar atas ni , rasa macam mana pulak ? Ada yang komen memang pedas , ada yang cakap sedap.. dan ada yang cakap kurang sedap. So kena try sendiri la  baru tahu rasa ni ha .. 



Harga Satu set Spicy Korean Burger ni RM15.++ , berisi  : Air Fanta + McDonalds spicy korean burger + kentang chips . Air Fanta , rasa fanta ler.. tak kan kopi pulak , Ye dak ? Lisa tak minum minuman yang bergas .. so macam biasa la akan tukar ke Lemon tea . Anyway.. dari set ni , yang paling Lisa suka ialah kentang . Kentang ni sedap beb... kriuk kriuk .. tak cepat masuk angin ... Bentuk menarik , rasa pun sedap.. Lisa bagi 5/5 bintang ! 



Bagaimana dengan rasa burger pulak ? Roti lembut tak seperti roti yang biasanya yang agak sedikit melekat , yang ni dia lembut ... kaler hitam sebab dibuat dari arang kot .. hehehe gurau jek la. Tapi mesti korang terfikir gak kan ..macam mana roti tu warna hitam ? Hek ele.. tak kan tak tahu..dah namapun roti.. mesti dah dicampur dengan pewarna .. itupun tak tau ke?? ehh ehh hahaha..  OK Cheeze dia memang melimpah weih.. siap meleleh leleh. Fuh.. penggemar cheeze memang suka ni .. Tahap pedas tu takde la pedas sangat , standart je ...
RATING LISA
  • Roti : 5/5 
  • Cheeze : 5/5 
  • Daging : 4/5 
  • Rasa burger : 3/5  

KOMEN LISA: 

Rasa Spicy Korean Burger McDonalds ni tak berapa sedap , takde la pedas mana pun macam iklan di TV tu . Bandingkan dengan McDeluxe lagi pedas yang Mcdeluxe .. sebab tu Lisa bagi rating 3/5 je. Lisa takleh makan habis semua burger tu .. huhu.. takleh nak masuk tekak . Tekak setiap orang lain-lain.. so komen ni pendapat pribadi aku la memandangkan tak suka cheeze dan penggemar pedas ,, boleh komen tang pedas tu je . Tak pedas sangat , dan rasa tu dah mati sebab tertutup oleh rasa cheeze .  Spicy McDeluxe tetap jadi pilihan !! Untuk kentang chips tu Lisa leh makan habis... sedap weih .. hihi

Mungkin bagi korang sedap.. so kena try sendiri la.. tekak orang kan asing-asing.. selera pun tak sma . 


9
( Hide )
  1. http://ummitiqah.com/5-cara-hilangkan-sembelit-ketika-hamil-dengan-selamat-dan-berkesan/

    ReplyDelete
  2. Belum cuba jugak..
    Tapi iklan dia memang nampak menyelerakan 😁

    ReplyDelete
  3. baca banyak review kata taksedap , tak rasa korea semua (c) :d nak try sendiri pun takut rugi pulak ha . sayang je nanti [-(
    btw , jemput lawat blog saya , insyaallah nanti akan di-update lama sangat tinggal ni . hihihi. mohon support (k) (k)
    The Talking Diary

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kan. lebih sedap burger yang lain... ok..will be singgah dalam blog tu yaa

      Delete
  4. Dah cuba! boleh tahan gak burger spicy Korea ni...

    ReplyDelete
  5. Tak nak try.. Sebab rating 3/5 je..

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo