4 Tempat Shopping Murah Baju Raya
1.Bazar RamadanPergi dari kedai ke kedai .. tengok mana satu baju yang berkenan mybe lawa atau sesuai dengan tema kalian . Dah risik , kalian tengok harga. Lepas tu kalian jalan kekedai lain.. dan konfem kalian akan nampak baju yang sama tapi harga yang berlainan. Biasa kat bazar macam ni .. , kena bijak dengan permainan harga yang ditawarkan penjual tu . Lisa selalu bawa kawan atau makcik yang memang pandai tawar menawar harga ni . konfem dapat harga yang cun punya..
2. Brand Outlet
Biasa brand outlet ni ada koleksi terbaru yang reject. Yang ni sesuai dengan Lelaki atau wanita dan kanak-kanak sebab disitu kurang nampak baju kurung atau jubah . Diskaun dari 10 - 50 % , tapi kelemahannya .. baju tu ada berpasang-pasang dengan jenis dan kaler sama. Fikir betul-betul kalau nak beli.. takutnya time kalian pakai nanti akan sama dengan orang lain pula.
3. PKNS
Bangunan ini memang terkenal dengan berlambak kiosK dan harga yang ditawarkan murah pula tu . Kalau nak Butik.. boleh rujuk ke tingkat 1 .. kalau nak jenis stall..kena next level. Memang rambang mata aih kalau pergi sana.. Kalian boleh memilih baju raya sampai la kaki penat .. dah macam syurga baju pun ada... banyak sangat lah katakan . Dinasihatkan untuk datang awal.. sebab ramai orang pergi kesini .. jadi takut kalian tak dapat parking nanti .
4. Mydin USJ
Tempat ini boleh masuk dalam list kalian juga ..sebab disini banyak juga la baju untuk kalian pilih . Untuk kalian yang tak terlalu suka dengan bersesak-sesak orang ramai . Boleh nafas sikit la kalau datang Mydin.
Lepas accident haritu .. pergerakan Lisa memang terbatas. Tak boleh lama sangat berjalan , sebab nanti kaki kebas . Lagipun tak berapa keadaan ditempat ramai orang ni .. sebab Lisa kecik je ..nanti terlanggar la apa la.. huhu . Lisa lebih suka shopping online je . Senang .. hanya duduk dirumah depan laptop , jimat masa dan tenaga.
Banyak pilihan untuk berbelanja secara online , mana satu pilihan kalian ? begitu banyak windows shopping di Asia ni ,mana tidaknya .. banyak jenis dan reka bentuk baju yang boleh kalian pilih dan beli. Pastinya kalian akan mencari satu dari laman web fashion yang terkemuka yang menawarkan perbagai pakaian indah dan bergaya , aksesori, kasut dan banyak lagi. Pilih syarikat yang ada pereka dan jenama terkemuka di Malaysia untuk kualiti yang terbaik ,. ya setiap hari akan ada rekaan terbaru yang terkini dan inovatif , berkualiti tinggi dan berjenama . Apalagi sekarang ni ada sales besar-besaran . Jangan lepaskan peluang ni .pilih senarai diskaun yang kalian nak bermula 30 % , 50 % bahkan 70% pun ada.
Tiada masa atau jauh untuk membeli-belah di senarai yang Lisa sebutkan tadi ? Jangan risau .. kalian boleh gunakan saleduck untuk dapatkan diskaun yang istimewa tanpa harus penat merisik kios ke kios. . .
Sng online. X letih
ReplyDelete2 daripadanya abe selalu g shopping.... PKNS & Mydin USJ...
ReplyDeleteBanyak lagi tempat menarik dan murah utk shopping raya macam Kenanga, Plaza GM, uptown dan downtown yg juga fesyennya up to date dan boleh tawar menawar. Tapi selalu Yaya suka pergi jalan TAR sebab suasana kat sana best dan banyak pilihan warna shawl cantik. Hihi
ReplyDeleteSkrg ni mmg prefer online lg sbb x sggup nak bersesak dgn ank2 tp klau nak bli sendiri kat senarai atas tu kena pergi tanpa anak2...
ReplyDeleteSelalu beli di PKNS . Byk pilihan dan harga berpatutan.
ReplyDeleteSaya yg tinggal dekat pun x sempat ke PKNS tu.. online jugak akhirnya mudah lg jimat.
ReplyDeleteSama la. X suka bersesak..tu suka beli online je..
ReplyDeletePrefer brand outlet selesa nk shopping...
ReplyDeleteNk shopping gak laa..
ReplyDeleteKalau malas memang online je..kadang saje nal jalan2 tgk bju raya depan mata..hehehe
ReplyDeleteLisa akak x beli lg baju raya...pkns terbaikkk okey esok nk terjah tq dik kasi idea yeyy
ReplyDeleteOnline lagi senang cuma takut kalau baju tak padan dan tak sama seperti dalam gambar. Kalau beli di kedai lebih puas hati. PKNS dan Mydin best! Memang murah dan banyak pilihan 😊
ReplyDeletebanyak tempat mesti banyak pilihan kan..:)
ReplyDeleteSemua tempat tu dkna pergi hahahaaa.. Pastu cari kedai yang ada jual kelengkapan sekeluarga, terus rembat sebab malas nak pusing banyak kali,
ReplyDelete