SINOPSIS CINTA PALING AGUNG | Sekali lagi Astro First akan menyajikan sebuah movie yang menggandingkan pasangan serasi dalam lakonan iaitu Aaron Aziz dengan Siti Saleha . Mereka akan menjadi pasangan suamiisteri dalam drama 'Cinta Paling Agung' sampena menyambut AidilFitri pada minggu depan .
Selain Aaron Aziz dan Siti Saleha, pelakon Cinta Paling Agung juga dimeriahkan oleh artis dari seberang iaitu Zaskya Ada Mecca dan pelakon cilik Mia Sara turut membintangi telefilem ini.Telefilem hasil karya pengarah dan pemenang untuk anugerah filem Ayat-Ayat Cinta, Hanung Bramantyo ini mampu menyentuh hati dan membuai perasaan penonton seolah-olah berada dalam jalan cerita telefilem tersebut. Cerita yang mengisahkan poligamy seorang lelaki , dan si isteri akur dengan keputusan suami dengan syarat. Apakah syarat tersebut ?
Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.
Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?
Macam pernah dengar story yang lebih kurang dalam movie ini, namun agak-agak sama ke tidak ? Jangan lupa untuk menonton telefilem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif bermula 17 Julai 2015 di saluran 480.
Terlepas saksikan Cinta Paling Agung ?
Tonton di :
(klik untuk tonton )
atau
TONTON ONLINE TELEMOVIE CINTA PALING AGUNG
Ok ..nanti layan masa raya :)
ReplyDeletehaah
ReplyDeletemacam pernah baca je sinopis cerita ni tapi ending kena tonton la ye cerita ni kan...
Emalin Mohd, betul cakap awak. Pernah ada satu cerita Siti Saleha dengan Fizz Fairuz, ada anak perempuan juga, drama Luth Mahfuz. Sama gaya, sebab suami dia pun pakai tali-leher kerja ofis nak kahwin dengan girlfriend. Sibini dia cakap ok boleh berpisah tetapi sebelum itu dia minta 40 atau 45 hari layan dia dengan kasih sayang seperti baru kahwin. Tepat penuh hari Fizz Fairuz dah jatuh kesal, dan jatuh cinta lagi pada isterinya, dia putus dengan siMak Nenek Tukang Pengacau rumah tangga itu. Tapi dia pulang, ini kali romantik angkat bunga sekali, tetapi rupanya diisteri dah meninggal, dia menyimpan rahsia yang dia sakit teruk sebab dia minta hari-hari itu. Kenapalah buat cerita yang sama, kasihan kita yang duduk menonton sampai habis, sungguh pun director paling bagus, akhirnya kita kena main. Pasal lakonan kalau Siti dengan anak Pak Aziz apa lagi kalau tak best? Dia dua orang tu macam pinang dibelah dua. Tapi ceritanya lah. Ini pasal kita komplain. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. (ini sedang menangis sebab cerita tak bagus)
Deletebest gilaq ceritak nki pehhhhhhhhhhhhhhh cun gilaq
ReplyDelete