Ad

NIAT PUASA RAMADHAN

Niat puasa ramadhan .
NIAT PUASA RAMADHAN  | Pejam celik pejam mata esok dah puasa. Cepatnya masa berlalu. Niat Puasa - "Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini karena Allah Taala" . Puasa hukumnya wajib untuk yang mampu melaksanakannya . Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (bukan musafir)
6. Suci (dari haid & nifas)

Sebulan dalam setahun, bukan tiap-tiap bulan.. tak kan tak mampu ? takkan masih mencari-cari alasan untuk ponteng . Hehehe... Beribadah dibulan Ramadhan banyak ganjaran pahala seperti yang telah dijelaskan dalam hadist dan juga dalam alQuran . Jom baca Niat untuk berpuasa dibulan ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
(nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi ramadana hazihis sanati lillahi taala)

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala  

(Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa)

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.

Baca niat sebelum tidur atau malam sebelum puasa . Mana tau esok terlajak tidur tak sedar nak bangun sahur kan :)
Selamat menjalankan ibadah puasa untuk semua muslim didunia dan semua pembaca www.ciksepet.com ;) 

3
( Hide )
  1. Nice entry..=) Jemput join my simple segmen if nak saya datang blogwalking lagi.. Ngee.. http://www.aimisyahirah.com/2015/06/segmen-blogwalking-ramadhan-bersama.html

    ReplyDelete
  2. Salam..
    sy mohon izin share ya..
    terima kasih..

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo